Saturday, January 18, 2014

Anak - Anak Saya.

Assalammualaikum..


Akhirnya, muncul jugak entri di blog ni. Setelah sekian lama menyepikan diri. Muncul pulak dengan tajuk yang kemain panas lagikan? Tak kahwin tak apa tahu - tahu buat entri pasal anak. Kau mampu? *gittew~ Oh ye. Sebelum tu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada semua. Hari ke - 18 baru nak wish. Nasib baik tak 18 hari lagi nak 2015 baru nak wish kan? Apa - apa pun semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Aminnnnn~ 


Hari ni nak share pasal anak - anak aku, ataupun lebih jelasnya, anak - anak kucing aku ;D Penghujung tahun 2013, 25 September yang lepas, Encik Tunang (ehem!) tanya dekat aku nak bela kucing tak. Aku ni kalau bela sorang - sorang memang aku tak naklah. Tapi dia cakap kita bela sama - sama. Cuma buat permulaan, dia hantar dulu kucing tu ke rumah aku. Kucing biasa je. Kucing terbiar. Tapi tetap comel :) 






Inilah dia anak pertama aku, DIAN nama dia. Nama ni Encik Tunang yang pilih. Masa ni Dian dah siap bawak pergi klinik semua dah. Tu yang nampak bersih dan cantik. *Puji anak sendiri nampak ;p*
Jaga Dian agak mencabar sikit. Dia sakit perut. Tak nak makan. Kena sakit kulit. Jangkitan kutu. Hurm. Nanti aku buat entri macam mana nak atasi masalah - masalah tu. Itupun kalau aku rajinlah~







Yang ni pulak BERLIAN a.k.a GE'GE. Dijumpa dekat kedai makan dan diambik oleh Encik Tunang pada 11 November 2013. Kata doktor vet beza umur Dian dengan Ge'ge, sebulan je. Sebenarnya, nak bela sekor je. Tapi kesian pulak Dian kena tinggal sorang - sorang bila waktu keja. Sebab tu aku dengan Encik Tunang cari lagi sekor. Ingat nak cari yang jantan, tapi terjumpa yang betina lagi. Nasib baik Ge'ge ni pandai ambik hati, tu yang terus dijadikan kawan Dian tu ^^



Dian dengan Ge'ge ni selalu out-station. Kejap dorang dekat rumah aku. Kejap dekat rumah Encik Tunang. Rumah kita orang pun tak jauh sangat, jadi senanglah nak gilir - gilir jaga. Tapi jangan tak tahu yang Dian dan Ge'ge dah dua tiga kali jugak ikut Encik Tunang balik Melaka.Kemain lagi dorang berdua ni tau. 


Hurm. Rasanya, itu jelah cerita terbaru yang tak berapa nak baru yang dapat dikongsi buat masa ni. Nanti aku cerita pasal benda lain pulak ye. Itu pun kalau aku masih ingatlah benda - benda tu semua.


p/s - hujung tahun lepas aku telah menjadi tunangan orang dan step yang seterusnya akan diberitahu kemudian. mohon doa daripada korang semua :')


7 comments:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

superVEE said...

Congratulations dah jadi tunangan org!! Kmk pn maok ehh :D Haha..

Eza Boom Boom said...

Alhamdulillah, ktk dah jadi tunangan orang. hihi. kiut alu jak pusak ya.. ktk nang suka pusak juak ka?? hihi..

Moga jodoh ktk ngan tunangan ktk sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya sampai ke syurga. :) Ameen..

lala yusof said...

comelll aje nama kucing;-)

Isabel Diaz said...

Ingatkan anak yang betul2 tewk. Heheh.

Trish Natasha said...

ingat anak mena tadik. hehehe comel jak nama pusak ya. ohh mun ada masa share2 lah cara mengelak kutu ya. pusak kmk mala jak kena jangkitan kutu. huhu. btw, tahniah dah jadi tunangan org :)

:: Cik Viva :: said...

Hai Dian..hai Berlian..hehe