Bila Perasaan Dan Penyakit Bekerjasama.

Assalammualaikum..


Sejak dua menjak ni, aku kurang sihat. Kurang fokus. Walaupun pada luarannya aku nampak makin ‘sihat’ (hoi!! Bila kau nak diet ni, KT?)


Stress.
Dulu aku jarang stress sebab aku mudah share masalah dengan orang yang rapat dengan aku. Tapi sejak akhir – akhir ni, aku tak suka atau kalau boleh memang tak nak share apa – apa masalah aku dengan orang. Jadi, bila pendam banyak sangat masalah, maka aku akan mudah stress. Stress sangat – sangat. Cuma buat masa ni aku masih boleh handle tahap ke’stress’an aku ni.


stress yang amat! (dari gugel)


Pedih ulu hati.
Aku ni jarang kena pedih ulu hati. Tapi bila dah kena, mak aiii.. Tak yah tanyalah sakitnya macam mana. Pedih yang amat! Rasa mual dan rasa nak muntah je. Nasib baik sekarang ni dah ada Gaviscon. Eh, aku memang berkesanlah makan benda alah ni. Syukur, alhamdulillah~


 gaviscon yang sungguh berkesan (gambar gugel)

Sembelit.
Dalam masa yang sama sembelit jugak muncul. Jadi, nak tak nak aku pun berkawan dengan pisang. Aku sebenarnya jemu makan pisang sebab kat kampung, kita orang ada kebun pisang. Taklah besar mana, tapi kalau sekali ambik tu memang ada dalam lima ke enam tandan. Tapi, bila kat ipoh ni aku kena beli pulak pisang. Hurm. Itulah, masa kat Kuching dulu kau pandang sebelah mata je pisang. Heh! 


 pisang kat kampung..sungguh aku amat memerlukan dirimu, pisang..sobsob~


Berdebar – debar.
Okay, perasaan yang berdebar – debar ni special case sikit. Sebab perasaan ni berkait rapat dengan novel pertama aku yang akan keluar bulan ni. Makin nak keluar makin tak keruan hati aku ni. Entah macam manalah penerimaan pembaca kan? Harap – harap sumenya okay – okay je. Amin. (sempat promot ni..kehkehkeh)

nanti aku buat entri pasal novel ni ye :')


Kesimpulannya, aku kena jaga kesihatan dan perasaan aku dengan lebih baik lagi. Eh, korang pun kena jaga diri jugak tau.



p/s – nak membalas kunjungan korang..



Comments

Namee Roslan said…
hihiihih, sempat promote lagi ! tapi saya akan pergi beli !! :D tak sabar nak baca !:) eh btw, lately saya pun selalu sgt sakit.. :(
khairunnisa ♥ said…
Assalamualaikum, jaga kesihatan diri ya k? :) mek mok beli novel ktk.. beritauk mek camney mok beli k? :) pasya, mok da tandatangan ktk sekali.. ^__^
Kancil 8349 said…
agak lama kancil ndak singgah ke sini...jagalah kesihatan selalu
Nieda said…
Lama menyepi ??
MamaEma said…
bulan ni nak kelaur memang akan buat rasa berdebar-debar..INSYAALLAH akan berjaya..
Yumida said…
sm la kmk..mun stress..mesti mok mkn ajak...dpt kita bergabung jd 1 team..hihi..mek mun pedih ulu ati mkn pil klinik jak..pil gastrik
Yumida said…
novel ktk ya....x sabar mok tauk sinopsis nya
ejulz said…
smoga cepat sihat ktk..
Ann Ishak said…
memang tak sabar ni nak dapatkan buku yang ada gambo cerek warna kuning...comeiiiiii
Diyana Norman said…
wah wah wah! ade novel lah. hehe

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.