Cameron Highland.

Assalammualaikum…


Hari tu, boss aku ajak naik Cameron. Nak testing cabinet TM kat Tanah Rata katanya. Aku apa lagi, teruslah buat lompat bintang kat situ tanda keterujaan yang melampau. Okay, tipu. Yang tak tipunya, ayat pertama dan kedua je ;D


Jadi, pegilah kita orang ke Cameron Highland seawal pukul tujuh lebih pagi. Takdelah awal sangat tu kan? Dan rasanya ini kali ke – 5 aku naik Cameron. Last naik masa anak buah aku bercuti kat sini dulu. 


Tapi siyes, sampai sekarang aku tak pernah bosan pegi sana. Dan kalau boleh every month nak naik Cameron, nak beli sayur, buah, dan bunga… lagipun view kat sana cantik sangat :')


Okaylah, kita tengok gambar jelah ye ^^



dah sampai Tanah Rata. cabinet TM berada depan sikit dari pokok yang besar tu.kejap je pun nak testing. Tak sampai setengah jam pun.






Lepas buat testing, kita orang singgah kejap ke Taman Agro Al - Mashoor ni. Boss aku cakap mak dia suruh dia beli jem strawberry kat sini. Katanya, jem kat sini sedap..


 


 Kalau naik Cameron memang tak sah kalau tak singgah pasar kat Brichang ni. Nasib baik pegi hari biasa, jadi takdelah sesak sangat.





Lepas tu, destinasi terakhir Pusat Strawberry Dan Kebun Rich Flora (kalau tak silap nilah nama dia). 

Tengok buah markisa kat kebun ni. Nampak sedap kan?

Kalau aku naik Cameron, inilah check point terakhir yang aku singgah. Hihi. Kalau dari Cameron, nak turun ke Ipoh, korang akan jumpa Rich Flora ni.. Tapi kalau korang turun dari Cameron ikut Tapah, memang takdelah jumpa.




 Kat sini jugak korang boleh beli strawberry dan petik sendiri. Tapi aku tak beli pun. Sebab aku kurang minat makan buah yang bagi aku lambang cinta ni. Eh, tetiba -.-'





Nilah hasil borongan aku. Sayur beli RM10 dapat 13 bungkus. Jadi dapatlah campur - campur. Yang dalam bekas tu petik sendiri dekat dengan Rich  Flora tu. Kalau tak silap dalam RM3 - sekilo. Boleh campur sume sayur - sayur yang ada dalam bekas tu. 


Nampak tak kelopak bunga tu? 3 bungkus RM5. Aku suka beli sebab aku suka mandi bunga. Jangan fikir bukan - bukan pulak. Aku memang suka mandi bunga dan mandi daun tau. Sebab baik untuk kesihatan kulit dan kesihatan dalaman. Ini salah satu petua lama. 


Dan dalam botol besar tu jem strawberry. Botol kecik tu pulak madu lebah. Sedap. Puas hati sangat beli. Jem dengan madu ni tadi, di beli kat Taman Agro Al - Mashoor yang aku cakap kat atas tu.



Jadi, itulah citernya masa naik Cameron hari tu. Dah nama pun ikut untuk buat keje kan, jadi takdelah nak menyeleweng ke tempat lain sangat. Kalau tak, sume ladang aku nak masuk. Hahaha~ Apa - pun, Cameron tetap di hati, selain Kundasang, Sabah :') 


p/s - lebih suka kawasan tanah tinggi berbanding persisiran pantai..




Comments

Kancil 8349 said…
rindunya mahu gi Cameron Highland...
labulabi said…
kalau takut di lambong ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut di di angkut tanah jgan berumah di lereng bukit.hehehe.mun turun ke ipoh ya jalan lamak nak.lamak dah sik pegi.bila la nak pegi sia agik tok.
Elih Japahar said…
Strawberry tu bt sy tergoda lah hehe..:) nk g sana nak petik buah ni je lah haha
nur anis said…
saya tak pernah pergi cameron..huhu
Yusnida Tajudin said…
Bestnya dpt naik Cameron ye sis, n ada jugak yg share minat yg sama dgn akak, hehee..mandi bunga.. (everytime pi beli bunga, bila kata nak mandi mesti org tgok semacam je..hik3)
Nazayiena said…
seronoknya pegi Cameron Highland....
Fazlinil Irma said…
bestnya pegi CH. akak nak pegi jgak. tp entah bila la. hehe.

satu lg.. buah markisa dgn strawberry!! perghh kombinasi best utk pavlova. :)
mumui said…
haiz... xberkesempatan mok p sia... mun diikutikan ade trip g cameron highland tapi batal...
Kathy Tuah said…
@labulabi - mun turun ke ipoh dah jalan baru dah..lebih okay dari jalan tapah.. ada masa pegilah sitok..hehehe..
Cik Yatt said…
bestnye berjalan2..huhuhu
ieda said…
kalau ke CH nie syokk tang sayur2an dia lah kan dik .. puas hati rasa macam nak duk kat sana je ekeke ;)
pena rozie said…
Terujer nak g cner...
ejulz said…
yodehh.. kmk blm sampei gik d cya..
hani apandi said…
kmk mok pegi cmeron gk! best ba sia tp mun malam gila sejuk! sik tahan nyawa mek.boleh mala berkasik kmk entamnya aie huhu
Yumida said…
bez eh...jeles mek nangga..nang kacak2..buah stroberi ya..petik terus mkn dpt x? tp masam hooo..buah markisa ya mek x pnh tangga..pun timpak palak mesti benjol dahi...ktk beli bunga alu tringat mek crita nora elena suka beli bunga di cameron...
Nieda said…
Ada jumpa buah pisang kaki?
Kathy Tuah said…
@Yumida pas petik kenak timbang lok & bayar, pasya bok boleh makan..hehe..
Kathy Tuah said…
@Nieda - kak, pisang kaki? x penah dgr pun apatah lagi jumpa..huhu..
khairunnisa ♥ said…
mun gi lagik, kmk mok kirm beli bantal strawberry owh ^__^
Kathy Tuah said…
@khairunnisa ♥ - boleh2..klak mun kmk pegi kmk padah k ^^
Kancil 8349 said…
kalau ada rezeki datanglah ke Kundasang...dan bandingan tempat nie dengan tempat di sana

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.