klik sekali~

Friday, April 20, 2012

Majlis Perkahwinan Orang Sarawak.

Assalammualaikum.. 


perhatian! ini entri bergambar yang panjang berjela. harap maklum..


Hari ni nak kongsi sikit tentang majlis perkahwinan orang Sarawak. Tapi yang aku kongsi ni untuk area Kuching. Tu pun aku tak sure masih ramai lagi tak buat majlis macam ni. Tapi so far, 5 orang adik beradik aku memang macam nilah majlis dia. Dan aku jugak nak majlis kahwin macam ni kalau kahwin nanti. Hehe. 


Okaylah, aku explain ikut gambar ye. Ni masa majlis perkahwinan abang aku. 






Majlis kita orang start pukul 10 pagi. Kalau orang Semenanjung mesti korang cakap awal kemain kan? Tapi ada lagi yang buat seawal 8 pagi. Serius. Okay, gambar kat atas ni masa pacak khemah. Khemah tu orang kampung je tolong pacak. Kalau tak silap, masa pacak ni hari Sabtu. Kenduri kat sini jarang hari Sabtu, majority hari Ahad.


 



Pagi Ahadnya pulak, hari yang dinanti – nanti. Dan majlis dimula dengan majlis berzikir. Kumpulan zikir ni pun orang kampung kita orang jugak :')



 
Memandangkan waktu puncak majlis kat sini sekitar 11 pagi ke 12 tengah hari, maka, time tu memang tetamu berpusu - pusu sampai. Masa tu lah korang akan jumpa saudara mara, rakan taulan yang bertahun tak jumpa. Memang best sangat.


Gambar kat atas ni, mak aku kemain seronok lagi jumpa sepupu kita orang. Mak aku yang pakai tudung plain kaler purple tu. Belakang mak pulak, bapak aku yang kemain senyum lagi tunggu tetamu. Hihi.




 


Tengok gambar kat atas ni, bapak peluk mak saudara dia. Masa majlis macam nilah baru dapat jumpa sebab sume dah tua. Jadi tak larat nak berjumpa selalu. 




  



Untuk makan - makan pulak, kita orang masih kekalkan kaedah 'berhidang' macam gambar kat atas ni. Sebab tu masa kali pertama aku pegi kenduri kat sini (Semenanjung) aku terkejut bila kena ambik makanan sendiri. Hihi. Yelah, kali pertama berlaku pertembungan budaya, mestilah terkejutkan?


Okay, selalunya, kita orang akan buat empat lauk, nasi minyak & air (air paling pemes, Sunquick). Dalam satu hidangan tu, untuk 4 orang. Kalau macam lauk ayam ke daging selalunya akan diletak dalam dua pinggan dalam 1 hidangan tu. Err..aku harap korang fahamlah ye.


Sebab tu jugak tukang masak (pak cik aku sendiri) hanya akan tanya berapa hidangan nak buat. Kalau buat 360 hidangan, korang daraplah dengan 4. Jadi, banyak itulah tetamu yang dijemput.



 



Yang bestnya jugak, bila makan tu kita akan makan ramai - ramai. Kalau kat rumah aku ni, ada pak cik aku sorang tu suka sangat tambah nasi tetamu. Dia akan jalan slow - slow belakang orang pastu tau - tau nasi dalam pinggan dah bertambah. Hahaha.. Kadang - kadang kita orang anak buah dia ni pun selalu kena -.-' 




Gambar kat atas ni pulak tetamu pempuan yang lepak depan umah sambil tunggu pengantin. Lagipun pengantin kat sini dalam pukul 12 lebih macam tu dah ada naik atas pelamin. Dan majlis akan habis sepenuhnya sekitar jam 2 ke jam 3. 


Tapi, ada jugak tetamu yang datang petang dalam pukul 5 macam tu. Tapi akan dilayan dalam rumahlah sebab khemah dah dirobohkan. Hehehe. Sebab Isninnya sume dah keja. Jadi kita orang akan settle kan sume hari tu jugak. 


Okaylah, ni je dapat aku kongsikan untuk hari ni. Sebab kalau diikutkan lagi banyak yang nak dikongsi. Macam acara Makan Nasi Temuan, Bergendang/Bermukun dan Buang Sirih Pinang. Biasalah, membesar dalam golongan orang lama - lama ni tak mudah nak dorang buang sume adat dulu - dulu.. 


Rumah aku tu biasa - biasa je. Biasalah rumah orang kampung (^_~)V


p/s - minggu depan ada jemputan kahwin kat Kuala Kangsar, kalau takde apa nak pegilah. Lama tak makan nasi minyak ^^
 


13 comments:

labulabi said...

yalah best budaya kita.p sik semua tempat make kaedah tok.last kmk g sri aman pun cdak dah make bufet.yalah mungkin kita sik tauk nak kenak sik make stail beridang.kmk pun pernah polah entri makan beridang tok.leh la kmk kongsi kat ctok juak aa.

http://kampongboy-labulabi.blogspot.com/2011/06/budaya-di-sanjung-adat-di-junjung.html

pena rozie said...

best nyer boleh tengok adat perkahwinan die org....

MamaEma said...

time kenduri camnilah boleh berkumpul ramai-ramaikan..

Amirul Afika said...
This comment has been removed by the author.
eVa said...

besttt!!! suka mun bgumpol ramey2! agik2 mun related ngn kta bah nak ow.. sampey berambeh sapa nok dtg dr jauh.. hehehe...yg paling best mek suka g pengilan makan free!! kekeke

Nieda said...

Dah berbau nasi minyak ni.

Esok ada kenduri , lusa pun ada. gantung periuk minggu ni hehe

ejulz said...

alu rasa x sabar nak nikah ngga gambar tok.. hehe

Yumida said...

kol 10am? kpg mek org start kol 8am...dh da org datang...kol 10am start rami..10.30am pengantin datang..kpg mek org main berhidang..gik masih k tapak kaca cokelet..mun d mukah tok..k buffet

ieda said...

alooor dikk mana gambar pengantin, nak jugak tgk :-)
Lebih kurang je car makan disana mcm disini diikk, meriah kann, cuma skrg memang dah mls org2 sini nak buat berhidang, sbb x der kederat org nk merewang, x mcm dulu :-)

c i k r i f a h said...

lebih kurang mcm kenduri belah semenanjung jugak lah kak kathy..tapi itulah skrg byk buffet.
gmbar pngantinnya mana?hhe.akak bila lagi ;p

Elih Japahar said...

Tak ajak dtg pon haha ^_^

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
majlis di Sarawak and majlis di semenanjung banyak beza, mek terkejut masa pi majlis kawan mek di semenanjung.. hihi :) tunggu turn ktk gik :D

Nazayiena said...

Biasanya mun tukang masak nak budget make berapa seperah ndak?,mlm mesti rame sbb ada bermukun...