klik sekali~

Friday, April 27, 2012

Sayur Kampung.

Assalammualaikum.. 


Aku tak tahulah korang suka makan sayur ke tak, tapi aku memang suka makan sayur. Tapi aku lebih suka makan sayur kampung. Macam pucuk paku, pucuk ubi, rebung dan apa - apa jenis sayur kampunglah. 


Kalau sayur sawi, kangkung atau kubis macam tu, memang aku kurang sikit. Mungkin tekak 'orang kampung' memang dah sebati dengan aku kut. Huhu.


 
Jadi, hari ni aku nak tunjuk sikit sayur kampung kegemaran aku. Aku tak tahulah kalau korang penah makan ke tak sayur - sayur ni.








Gambar kat atas ni, pucuk ubi dan pucuk betik masak masak tumis air. Sape yang nak kuruskan badan silalah amal sayur ni ye. Walaupun pahit (pucuk betik tu pahit tak hengat dunia) tapi kalau dah biasa makan, dah tak rasa apa dah..







Pastu, yang kat atas ni pulak rebung masak lemak tetel (kalau orang sarawak, tetel ni kita orang sebut 'kerapen'). Dahlah santan tu berlemak, campur lak dengan tetel memang berlemak kuasa dua. Tapi sedap! Cuma tak leh nak makan selalu :(





Yang atas ni, daun mengkudu masak lemak. Sangat sedap dimakan dengan sambal halia. Jangan ingat orang dalam pantang je makan sayur ni tau. Kita yang tak dalam pantang pun elok makan daun mengkudu ni.





Gambar keempat ni special sikit. Sebab sayur ni mengabungkan sayur pucuk manis dengan buah kepayang atau buah keluak. Ni memang susah nak makan sebab ada musim - musim tertentu je buah ni ada. Dan buah ni sedap rasa macam kacang.






Yang terakhir ni adalah sayur bunga durian masak lemak. Ni pun kene tunggu musim buah durian, baru dapat bunga durian. Sapa yang tak pernah makan bunga durian tu, trylah makan.. 


Okaylah, tu je nak citer sebenarnya. Hehe. Selamat berhujung minggu ^^



p/s - korang suka makan sayur apa?



19 comments:

echa takashimaya said...

dedulu tak suka makn sayur bsekarang dah jd sayur lover :)

chheeewaaah!
suka pucuk ubi cicah air asam.

:: Mrs.Eady :: said...

tak makan sayur :(

ieda said...

wah2 sama jgan katy .. akk suke makan semua .. kalau mak masak , ratah2 aje akk nie nak2 pucuk ubi tuu , huhuhu ada lak sambal belacan dan ikan masinnn .. perghhhhhhhhhhh pengsan makan ! .. ;)

Nieda said...

Banyak sungguh variasi sayur2 kampung pilihan Katy.
Teringat pais ikan tenggiri dibalut dgn daun mengkudu masa kat Sarawak dulu.

Nieda said...

Banyak sungguh variasi sayur2 kampung pilihan Katy.
Teringat pais ikan tenggiri dibalut dgn daun mengkudu masa kat Sarawak dulu.

[sutera kasih] said...

kak, semua ya sayor favourite kmk ehh..sayor kampong nang nyaman..slurppp

Asyifa Mustaffa said...

Daun mengkudu masak lemak - arwah nenek sy suka msak dan makannya, x bole lalu kat tekak sy kak, pahit yg amat ...!!!

Cik Yatt said...

cik yatt tak suke mkn sayur..yg suke pcuk paku, bayam..kobis..hee

ejulz said...

nyaman eh.. rindu kmk ngn kpg.. hehe

Eza Boom Boom said...

hehe, dlm byk2 juadah sayur ya kmk pandei makan sayur bunga durian ngan pucuk ubi jak.. hahahaa. yang lain ya, belum gik try... :P

Kancil 8349 said...

lagi sedap kalau masih segar

eVa said...

kmk suka mkn sayo tym pengilan nok buah nangka ya eyh.. mek nang suka gilak2 ya aie.. nang nasik byk ngn sayo ya jak hahah

Zyla said...

terliur kmk akak!

Yumida said...

nang terer masak ktk tok...leh nikah dh tok..hihi

Namee Roslan said...

saya kurang makan sayur tp saya cepat kena penyakit kulit. hehe. teus insaf. hehe. saya suka sayur saladdd.. :) tomato pun sukaa :))/ kalau nk sihat, kena makan sayur dan buah banyak. :))

MamaEma said...

ema jenis yg tak makan sayur..

ciK LyndaWawa said...

sayo midin ada x? hehehehe...

Kiki Jaffri said...

Eee. Sedap k bunga durian, buah keluak. Susah dah nak cari pokok keluak kat melaka.

Tapi memang legend sayur awak kasi.

Kiki Jaffri said...

Eee. Sedap k bunga durian, buah keluak. Susah dah nak cari pokok keluak kat melaka.

Tapi memang legend sayur awak kasi.