Resepi Puding Karamel Kurang Manis.

Assalammualaikum...


Hari ni nak share pasal puding karamel. Aku rasa ni kali ketiga yang aku buat. Yang pertama aku buat dulu kat SINI dan yang kedua kat SINI. 


Tapi kan,  bila dah buat kali ketiga ni, aku rasa yang ni agak perfect compare dengan yang sebelum - sebelum ni. Bak kata omputih, practice make perfect. Ewah ;D





Ni lah rupa puding karamel aku. Kali ini aku kurangkan sikit gula, sebab sebelum ni manis sikit. Tapi kalau korang memang suka manis - manis, korang bolehlah bajet sendiri berapa banyak gula nak guna, okay?


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

sumber resepi daripada SINI

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair ( aku guna susu cair)
  • 5 sudu besar gula halus (aku guna sukatan 5 sudu makan gula)
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula (aku guna sukatan 5 sudu makan gula je)
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais





Ni pulak rupa dia versi dah di potong. Aku ni memang main balun je kalau nak potong apa - apa. Sebab tu macam tak senonoh je rupa dia. Hehe. Eh, lupa nak cakap yang aku guna kaedah kukus.





Tengok betul - betul, lubang - lubang yang biasa pada puding tak ada kan? Haaaa.. itu membuktikan aku dah makin terer buat ni. Berlagak sey! Hahaha.. 

Takdelah, aku cuma pukul selembut mungkin telur tu. Jangan sampai telur tu berbuih. Masa ni, ciri - ciri wanita Melayu terakhir memang amat diperlukan sebab kalau kau pukul kasar macam lelaki (lelaki kan selalu dikaitkan dengan kasar? hihi) kau akan dapat puding yang berlubang - lubang. Lepas tu, kalau nak tuang dalam loyang pun aku tapis. Bukan sekali, tapi dua kali. Dan akhirnya, aku dapat puding macam kat atas ni :') 


Kalau kat pasar malam, berapa harga puding karamel di seketul? Aku rasa aku nak bisnes puding ni lah (^^,)V 



p/s - aku ni suka buat je tapi tak berapa suka nak makan -.-'


Comments

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bagusnya ... sedap ni ... nak rasa boleh? pangg!!

yunk ..kitak tunjuk resipi tok kan ...buat kmk ada idea nak buat time berujung minggu ... sebab selalu boring cda kerja ..ingin mau molah kelak ..umahhh ..trm kasih yunk :)
MamaEma said…
alamak lupa hari ni pose..teliur dah ni
Nazayiena said…
Sedapnya puding caramel yg Kathy buat nie,Kak Nurul pun x pernah cuba buat lg....
ainnoraini said…
sedap ni makan waktu petang2...
pernah jugak buat..anak2 kakain mmg suka bangat makannya lagi la bila mkn bila dah disejukkan kat dlm petiais tuu...
ieda said…
makan sejuk2 sedap kan .. yumx3 .. ;)
ejulz said…
nyaman eh.. mintak sikit.. nak polah malas.. hehe
Nieda said…
Tekstur puding sgt halus ....2 x tapis.
Tak suka tapi rajin nak buat. Kalu dekat boleh makan sepotong kan.
Eza Boom Boom said…
kmk sik pandei makan puding tok.. hihi. p, mek tetap mok try time cuti pnjang kelak.. :)
Miss Alin said…
wau....bestnya...myelerakan...
Miss Alin said…
wauuu....myelerakan....
Miss Alin said…
wauuu....myelerakan....
Cik Yatt said…
cik yatt tk suke puding ni..hee
eVa said…
adohey... mek lamak nak polah tok koh.. yobihh makseh jumpa juak.. ingin mok cuba molah.. arap2 menjadi.. fav kmk tok bh.. hehe
Yumida said…
kmk pnh polah tok...nangga kt youtube nang upa nyaman...pasya bila mek mkn ada rs telo....hmmm...alu turun mood nk mkn...hb mek suka mkn tok
Kancil 8349 said…
sedapnya...nak cuba
Yati said…
as'salam ...

thanks khaty singgah blog akak yg tak berapa nak laku itu...heehhe

cantik puding khaty...akak pun dah lama x buat puding karamel ni...en hubby akak diabetis, so tak sampai hati nak buat, nanti dia terliur...huhu...tapi bila tgk puding khaty akak pulak cam terliur...^^
[sutera kasih] said…
bolehla polahkan utk kmk kelak mun ktk suka polah tp sik suka mkn hehe

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.