Resepi Ketupat Sotong Atau Sotong Sumbat.
petang tadi buat ketupat sotong atau sotong sumbat. tapi ni versi yang simple je. kita kan baru je belajar memasak jadi memadai kita buat menu yang seringkas mungkin. yang penting sedap. ye tak? *lagipun tadi mak pun ada tolong -.-'
~ni la rupa ketupat sotong yang aku & mak buat petang tadi. tapi kenapa macam tak betul je kedudukan gambar ni?? biar jela ye, malas nak upload lagi sebab line internet slow banget!! ~
bahan2 :
1/2 kilo sotong
50gm beras pulut
1/2 biji santan
sedikit garam
lidi kecil (untuk dicucuk pada sotong supaya beras pulut tidak keluar)
cara membuatnya :
bersihkan sotong pastu masukkan beras pulut ke dalam sotong. jangan lupa cucukan lidi pada bahagian atas sotong dengan kemas.
lepas tu rebuskan sotong di dalam santan. masukkan garam secukup rasa. rebus sehingga masak. toskan airnya sebelum dimakan dengan penuh berselera!

senang je kan nak buat?? so, jangan lupa cuba try test ye! okay, bye!
p/s - tadi makan ketupat sotong dengan mencecahnya ke dalam kari ayam yang sedap nak mampus!!
Comments
:)
buah keranji di dlm perahu
saya budak kuat makan
suruh memasak saye tak tawu.. nak nak nak nak nak
mcm ni lah - nak ke?? nanti saya poskan..tp sure dah basi bila dah smpi kat awk..hehehe~
tak pernah makan ketupat sotong ni...mcm mane la rase nye