Kenapa Aku Seorang Blogger ?

assalammualaikum & hi!



malam ni nak join lagi segmen abg ben! sapa2 nak join meh klik SINI. tutup kul 10 ni! cepat2!!


okay berbalik dengan entri kali ni, kenapa aku seorang blogger??


dulu alasan aku satu je pasal blog ni iaitu aku jadi seorang blogger setelah lecturer suruh buat blog. bila dah ada blog maka jadilah aku seorang blogger. betul tak? tapi masa tu buat aku tak tau lak yang berblog ni boleh ada kawan (follower). yang aku tau masa tu blog ni untuk orang yang nak baca je. betapa rendahnya pengetahuan aku tentang blog ni -.-'


tapi sekarang, alhamdulillah. aku dah tau betapa bangganya bila aku jadi seorang blogger. sebabnya bila penulisan aku boleh diterima oleh pembaca yang lain. lagi2 aku suka share resepi masakan Sarawak. walaupun ringkas tapi ada jugak yang sudi membaca dan memberi komen. masa tu tiba2 bangga jadi orang Sarawak bila masakan kami makin diterima :') jadi dengan respon macam ni lah membuat kan aku semakin bangga menjadi seorang blogger!


dan aku juga punya impian untuk menjadi blogger yang dikenali. sebab sebelum ni aku tak tau wujudnya blogger popular dan aku masih ingat lagi blogger perempuan yang aku kenal adalah Fatin Liyana dan blogger lelaki Ben Asahaari. mungkin sebelum ni tak terfikir nak blog ini dikenali tapi kalau diberi peluang siapa tak nak kan? lagipun berblog pun ada side income nya kan? *walaupun nuffnang baru ada rm 0.75*


ops! rasanya dah terlebih ni -.-' okaylah tu jela alasan kenapa aku seorang blogger!


p/s - errr..kenapa aku rasa aku terlalu berterus terang?? T_T

Comments

Unknown said…
terjah sini..nak tau knp ko jd seorang blogger..huhu..rjin singgh la blek..

http://zonesaye.blogspot.com/2011/04/santai-ben-ashaari-kenapa-aku-seorang.html

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.