Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 3)
Petang itu aku menemani Ida mejalani latihan di stadium mini kolej. Tapi aku agak terkejut apabila terdapat beberapa kelompok pelajar perempuan berkumpul di situ. Ada game ke petang ni? Bisik hati kecilku.
Ida yang sekejap tadi hilang tiba – tiba muncul di sebelahku. Tak lari lagi dah rehat ke?
“Dah habis latihan or kau rehat ni?” soalku ingin tahu.
“Jadual ditukar hari ni, atlet lelaki yang training. Esok baru kita orang,” jelas Ida. Oh, patut pun ramai kaum hawa berkumpul di sini.
“Kau tahu Joe, last week masa aku makan kat café aku dilanggar oleh sorang minah ni. Tapi dia boleh cakap aku ni buta. Aku rasa dia yang buta kut, sebab tengok aku ni hensem sangat sampai membutakan mata dia.”
Berdesing telingaku mendengar suara yang begitu aku anti sejak peristiwa di café tempoh hari. Bila aku berpaling, kelihatan Aiman sedang duduk bersama beberapa orang temannya tidak jauh dari tempat aku dan Ida duduk. Ida memberi isyarat supaya aku bersabar. Sabar Lia! Sabar!
“Bro, aku nak tanya sikit. Awek yang langgar kau tu cantik tak?” tanya salah sorang daripada rakannya. Aiman menjeling ke arahku dan yang pasti jelingannya kubalas dengan tajam macam mata pedang. Huh! Kira yang paling tajamlah tu.
“Orang perempuan tak elok cakap kasar – kasar. Betul kan Kimi?” sindir Aiman lagi sewaktu mereka bergerak menuju ke depan. Nampak gayanya kali ni aku dah tak boleh nak sabar dah!
“Yang awak nak sindir saya ni kenapa hah??” Sergahku lalu berdiri. Semua mata mula tertumpu kepadaku. Ah! Persetankan mata – mata itu!
“Eh, yang awak terasa pulak kenapa?” Aiman pula bertanya. Eish! Geramnya dengan dia ni. Macam nak tampar je muka dia. Tapi bila tengok muka dia yang hensem tu kesian pulak aku. Tak apalah Lia, sabar je. Pujukku di dalam hati. Aku pantas melangkah meninggalkan stadium dan tidak lama selepas itu aku terdengar…
“Aiman! Aiman! Aiman!” sorak pelajar perempuan. Aku berpaling ke balapan. Rupa – rupanya dia tu atlet juga. Lari 100 meter pulak tu. Harap – harap kau kalah Aiman! Doaku dalam hati sebelum berlalu.
bersambung ^^,
Comments
gud luck u ada bakat