assalammualaikum.. sabtu lepas ikut boss pegi site kat Batu Gajah, Perak. dalam perjalanan pegi tu mata aku duk melilau kawasan sekitar. tiba-tiba mata aku ternampak sekumpulan midin yang seakan - akan melambai - lambai di tepi jalan. dan saat itu tanpa sedar terkeluar bahasa Sarawak dari mulut aku ni.. "ya Allah, banyak ada juak midin sitok..sayang ada jak sik diambik.." <---- inilah perkataan yang meluncur laju dari mulut aku. faham? atau nak aku buat translation? "ya Allah banyaknya midin kat sini..sayang betul sebab tak diambil.." lebih kurang macam nilah kalau ditukar dalam bahasa baku ^^ tapi siyes, memang sayang kalau midin - midin tu tak diambik. tapi bila aku fikir balik orang sini (maksud aku orang semenanjung) tak tahu sangat makan midin ni.. itu memang diakui oleh kawan dan boss aku sendiri. jadi tak heranlah midin kat tepi jalan ni takde orang peduli pun. jadi, tanpa memperdulikan mereka yang lain. aku pun terhendap - hendap tepi jalan...
Assalammualaikum.. Pagi tadi, sedang sibuk buat keje, ada SMS masuk. Bila cek, my sis yang anta SMS tu tapi bila baca taulah aku yang anak buah aku sebenarnya yang mesej. Tapi guna phone ibu dia. SMS tu berbunyi macam ni, usu, ada pantun untuk kitak (awak) ~ SUDAH 5 HARI KITA BERPUASA, BERMAIN MERCUN SANGAT BAHAYA, MALAM RAYA MEMBUAT LAKSA, TAMAT PUASA JANGAN LUPA DUIT RAYA :) Walaupun pembayang pantun ni ada tiga (sepatutnya pantun 4 kerat, pembayangnya hanya 2) tapi kira okeylah kan sebab maksud dia jelas iaitu 'jangan lupa bagi duit raya'.. Jadi, anak buah aku ni konon - konon berkias nak duit rayalah tu ;p Tapi aku reply jugak SMS dia. Kalau dia yang baru darjah 4 tu boleh berpantun, takkan seorang novelist (novelist lah sangat..kehkehkeh) seperti aku ni tak boleh nak berpantun kan? Maka beginilah balasan pantun aku, MAIN MERCUN MEMANG BERBAHAYA, TAPI MAIN BUNGA API TAK APA, KALAU ABANG NAK DUIT RAYA, TAMATKAN D...
assalammualaikum & hi~ Hari ni entri pasal tempat pelancongan pulak ye. Aku nak bawak korang sampai oversea memang taklah kan. jadi aku bawak korang dalam Malaysia je. Tu je termampu. Huhu. Okay, memandangkan aku dah 3 kali pegi Cameron dan 2 kali pegi Kundasang, jadi aku nak review sikit kedua – dua tempat ni. Tapi dari sudut pandangan aku la ye ^^ cameron bharat plantation. betul2 tepi jalan je. Mana satu lebih best? Cameron atau Kundasang? Bagi aku dua – dua best! Siyes. Kalau tak, tak kan aku pergi more than 2 kan? so sape tak penah pegi, cer try pegi ^^ Mana lebih sejuk? Cameron atau Kundasang? Aku rasa Kundasang lebih sejuk . Sebab 1 st time aku pegi sana, aku stay sana semalam. Bila malam nak ke pagi tu, sejuk dia mak aiii.. sampai ke tulang sum – sum! Bagi aku lak makin sejuk makinlah best :) Kalau Cameron even aku penah pegi sana sekitar 6.30am, tapi masih still okay tahap kesejukkannya. Kiranya tak sampai ke tulang sum – sum. Hehe. Mungkin ...
Comments