Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 6)

baca dulu part 1 kat SINI, part 2 kat SINI, part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI.

Sejak peristiwa itu, hubungan aku dengan Aiman menjadi semakin dingin. Pantang berjumpa pasti ada saja pergaduhan yang tercetus. Yang paling menyakitkan hatiku bila Aiman yang selalu memulakan dulu pertengkaran antara kami berdua. Tapi memandangkan hari ini merupakan hari jadiku, aku bercadang untuk mengelak berjumpa dengan Aiman kerana aku tidak mahu merosakan mood pada hari yang istimewa ini.

Happy birthday Lia!” ucap Tuty dan Mila serentak sewaktu aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Beberapa orang temanku turut mengucapkan benda yang sama.

“Selamat Ulang Tahun!”

Aku segera berpaling apabila mendengar satu suara dari arah berlakang. Aku terkesima apabila melihat Aiman menghulurkan hadiah kepadaku. Aku dengan pantas menarik tangannya untuk membawa ke luar dewan kuliah apabila mendengar usikan daripada teman sekelasnya.

“Sapa yang bagi tahu awak hari ni hari jadi saya?” soalku. Aiman hanya tersenyum. Senyumannya tidak kubalas.

“Itu tak penting tapi yang penting sempena birthday awak ni saya nak ambik kesempatan untuk minta maaf dan saya harap kita boleh jadi kawan. This is my special gift for you Lia. Make sure awak bukak kat bilik nanti okay,” katanya lalu berlalu meninggalkan aku yang masih kebingungan setelah menyerahkan hadiah yang dibungkus dengan keratan majalah itu. Kata anak orang kaya tapi balut hadiah guna keratan majalah je. Keratan majalah??? Tiba – tiba aku teringat akan sesuatu. Pantas aku meninggalkan dewan kuliah yang baru saja hendak bermula. Di pertengahan jalan aku bertemu dengan Ida dan aku mengajaknya balik ke bilik dengan segera kerana ada sesuatu yang penting ingin aku katakan.

bersambung ^^,

Comments

Akulah Pak Lan said…
rajin buat novel rupanya...nak kena baca dari mula ni...hehehe
nur nadiah said…
cpt2 la smbg... nk tau jgk pe hadiah aiman bg pd lia

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.