Segmen Memperkenalkan Diri |Ashraf Jalil

assalammualaikum & hi ~


psstt!! segmen ni nak kena buat pasal biodata diri sendiri. tetiba je teringat masa kat sekolah dulu :')


nama aku kathy binti tuah. tu nama dalam ic ye, jangan pandai2 cakap aku saja2 nak guna nama glamor ke apa. sebab kalau dah nama kathy tu mesti korang fikir nama penuh aku katijah? betul tak? tapi nama aku memang kathy! kenapa pendek sangat? korang tanya mak & bapak aku k~


aku melayu tulen~ tapi lecturer SHO aku cakap aku bukan melayu tulen -.-' dan berasal dari kuching, Sarawak! kalau rasa nak makan kek lapis, ikan terubuk & mee kolok meh datang sini. promote lah pulak T_T


aku anak bongsu daripada 7 adik beradik. bila dah bongsu sudah semestinya aku ni manja, kelakar, berani, peramah , mudah memberi & kreatif. *ni ikut kajian dato' fadzilah kamsah mengenai anak bongsu* tapi aku rasa aku ni peramah & manja je kut yang lain tu macam tak ada je. hahaha~


umur pulak dah 25tahun *bapak cakap dah boleh kahwin! okay, tak ada kaitan!* dan menjalani krusus kerumahtanggaan yang diselia oleh mak. errr.. tak faham ke? maksudnya aku duduk rumah je. bila dah duk rumah semua kerja rumah aku yang buat, jadi dah macam suri rumah tangga lah pulak -.-'


aku suka masak. walaupun masakan aku tu taklah sesedap mana :'( dan aku jugak suka baca novel. novel paling aku suka ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmizah. aku rasa novel ni yang paling kena dengan jiwa aku. teetttt!!


aku tak suka tengok tv. kalau aku dah tengok tv tu maknanya citer kat tv memang aku minatlah. aku lebih suka dengar radio =) dan aku tak suka bunyi alarm! lagi2 alarm jam yang suruh kita bangun pagi T_T


eh, lupa lak nak bagi tau. dulu aku study kat UiTM ambik course marketing dan baru2 ni aku ambik sijil Safety & Health Officer. tapi lum ada keja lagi ni :( dan aku jugak budak STPM ^^, bukan senang wei nak pass STPM -.-' err.. tak ada kaitan! sori~


aku suka kaler putih, pink, & ungu. suka western food tapi suka makan ulam2 , suka minum air masak, suka bercuti2 Malaysia. dan suka berangan! hahaha~ suka kacau anak buah sampai dia nangis :D padan muka dia!


perenggan terakhir ni agak penting la. aku manusia yang tak suka menunggu & ditunggu! aku mudah memaafkan tapi sukar melupakan. maaf, statement mungkin kelihatan agak hipokrit tapi itu memang aku. dan orang kat rumah aku panggil aku ADENG :')


p/s - err..sape2 nak join meh klik SINI. best jugak cerita pasal diri sendiri ni kan? kalau nak diikutkan banyak lagi nak taip ni~

Comments

Ashraf Jalil said…
waa..siyes..? mati2 ingat name kathijah.. cool2... kathy name btol... ala2 katy perry gitu.. heheh

p/s: semoge kawen cepat. haha
Kathy Tuah said…
katy perry?? ni versi melayu punya..hehehe~

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.