klik sekali~

Thursday, June 9, 2011

Susah Ke STPM?? (Part 1)

assalammualaikum & hi ~


beberapa hari lepas ada sorang budak ni, dia tanya aku susah ke tak test STPM. sebab dia tahun ni baru nak ambik SPM jadi kalau ada peluang dia nak sambung form 6. jadi aku ceritalah sikit sebanyak pengalaman aku masa form 6 dulu dan semestinya aku lebih kepada test STPM.


sebenarnya, masa aku form 5 aku tak apply mana2 U pun untuk ambik diploma. SPA pun tak. matrik lagi lah tak sebab aku aliran sastera. kenapa aku tak apply suma tu? sebab aku teringin sangat nak sambung form 6 :')


aku pun bukannya pandai sangat pun, jadi aku mintak dapat masuk form 6 pun dah kira okay. walaupun kat sekolah aku tu dulu form 6 tak ada lagi. tapi aku tetap berharap dapat walaupun terpaksa bersekolah yang agak jauh dari rumah.


dan alhamdulillah aku dapat sambung form 6 di SMK St Thomas, Kuching. masa tu aku ambik paper PA, BM, Sejarah & Pengajian Perniagaan (PP). walaupun hanya empat paper untuk setahun setengah tu tapi penangan paper tu suma amat terkesan pada sapa2 yang ambik STPM.


kalau PA dengan BM aku boleh cover lagi tapi sejarah dengan PP, mak aiii~~~ tambahan aku memang tak minat sejarah & PP. sejarah tu kena cover Sejarah Malaysia, Sejarah Asia, Tamadun Dunia & Tamadun Islam. bayangkan aku ada 8 buah buku rujukan sejarah je -.-'


walaupun aku liat sikit dengan sejarah ni tapi test bulanan ke akhir tahun ke still okay *walaupun nyawa2 ikan* yang tak tahannya tu PP. sejak lower 6 sampailah upper 6 aku tak pernah lulus pun. TAK PENAH! bila mak & abang aku pegi ambik report card, PP tu jela yang selalu cikgu aku cakap kat dia orang ='(


aku tak tau lah kenapa aku susah sangat nak pass paper PP tu. mungkin sebab paper tu kena banyak baca dan aku lak spesis yang malas membaca. sampaikan cikgu pernah hukum sapa yang tak dapat jawab bila dia tanya kena berdiri sampai masa tu habis. dan aku penah kena hukum berdiri macam tu T_T masa tu terus terfikir macam manalah nak jawab STPM kalau cikgu tanya pun tak leh jawab -.-'


apa2 pun nanti aku sambung balik part 2 dia ye. part 2 nanti korang tau la sama ada aku lepas ke tak test PP masa STPM -.-'


p/s - lepas cuti ni pelajar lower 6 pulak yang memula persekolahan kan? semoga berjaya adik2 suma ^^,



3 comments:

+_Miss.Jannah_+ said...

aie..org sarawak duhal..hehe.
tp mmg betol pon..tgk senior amik form 6 syariah dulu..mcm nak pitam diorg study..huhu..

jom join segmen kite.. :)

http://missjannahjamaluddin.blogspot.com/2011/06/miss-j-pon-nak-buat-segmen-jugak-boleh.html

si ngokngek said...

alar tak susah mna pun..kakak aku pun ambik form6..rilex ja dya..cuma kena banyak memebaca

Kathy Tuah said...

miss jannah - aok, org sarawak kmk tok..heeee~

si ngokngek - errr..yeke? kira okay lah tu kalau dia rilek je ^^,