Bila Dunia & Akhirat Kejar Kita.

assalammualaikum & hi ~


pak ali buat rakit, entri ni serius sikit *pantun 2 kerat*


al - fatihah kepada Allahyarham Zami Ismail yang baru meninggal pagi tadi. apa2 pun semoga rohnya dicucuri rahmat. amin. *mati itu pasti, hidup insyaAllah*





okay, lihat gambar kat atas ni, mentari yang hampir tenggelam dibalik tabir senja. indahkan ciptaan Allah s.wt? cuma kadang2 kita terleka dengan 'keindahan' dunia. sibuk mengejar keindahan dunia hingga lupa janji Allah pada keindahan akhirat.


aku pernah dengar Dato' Fadzilah Kamsah cakap "kalau kita kejar dunia, dunia berlari semakin laju TAPI kalau kita kejar akhirat, dunia & akhirat akan kejar kita".. begitu indahnya janji Allah. tapi macam yang aku cakapkan tadi, kita sering terlupa & kadang2 kita buat2 lupa. kenapa aku cakap kita buat2 lupa? bila dengar azan, kita buat2 tak dengar & buat2 lupa dengan seruanNYA. lepas tu terus tak buat.


apa2 pun entri ni tak bermaksud nak menyinggung hati mana2 pihak. sebab apa, yang aku tulis ni pun lebih merujuk kepada diri aku sendiri. bukan nak bukak pekung di dada tapi kadang2 perlu jugak aku mengingatkan diri sendiri & orang lain.


”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu...Bukan juga yang paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tdk akan ada pndakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan”. -Imam Hasan Al-Basr


p/s - kalau ada yang kurang, bolehlah tambah. kalau ada yang salah, boleh betulkan. sebab aku memang tak berapa arif sangat dalam soal agama. masih belajar. maafkan aku~




Comments

hafiz said…
semoga kita berjaya dunia n akhirat...
Ms. Ann said…
terima kasih atas info diberi...
ya... kejaran didunia semata akan merugikan kejarlah keduanya sekali agar kkta tidak ketinggalan akan kesemuanya nikmat yang diberi...

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.