klik sekali~

Saturday, June 11, 2011

Resepi Bunga Durian Masak Rebus Dengan Ikan Terubuk Ala Sarawak.

assalammualaikum & hi ~


pehh!! bukan main panjang lagi nama resepi ni ye. ntah sedap ke tak kan? eish, tapi kalau korang rasa guna lidah aku ni, confirm sedap punya ;p tapi pada yang baru tau pasal bunga durian ni boleh dibuat sayur, baik korang baca SINI dulu.




bahan2 :

semangkuk kecil bunga durian (buang lendirnya dulu ye dan cuci bersih)
2 hiris ikan terubuk masin
sedikit air.
2 biji bawang merah (dihiris2)
2 ulas bawang putih (dihiris2)
sedikit belacan.
2 tangkai cili kering (dipotong pendek)
garam & serbuk perasa (secukup rasa)


cara membuatnya :

masukkan air ke dalam periuk dan didihkan. masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering & belacan. lepas tu masukkan bunga durian dan ikan terubuk. masukkan garam dan serbuk perasa. biar sehingga ikan masak. siap! dan sedap dimakan bersama nasi panas :)


p/s - sape2 yang tak pernah try aku sarankan korang try ye. kalau tak ada ikan terubuk masin tu boleh digantikan dengan ikan bilis ;)

No comments: