Bunga Durian Pun Boleh Dimakan!

assalammualaikum & hi ~


bunga ros, bunga tulip, bunga lavender.. tu antara bunga yang suma orang tau dan penah tengok. tapi pernah tak korang tengok bunga durian? pernah? bagus kalau pernah. tapi ada kawan aku yang tak pernah tengok bunga durian. kesian kat dia -.-' dan aku pasti ramai jugak yang tak tahu bunga durian ni boleh dimakan~






memandangkan kat kampung aku sekarang ni tengah musim bunga. bukan musim bunga macam negara omputih tu ye, tapi musim bunga buah - buahan tempatan. dan antaranya bunga durian. jadi dengan semangat wajanya mak & mak cik aku pegi kutip bunga2 durian. hasilnya macam dalam gambar kat atas tu.


tapi sebelum nak masak bunga durian ni, kita kena buangkan dulu lendir yang kat hujung bunga tu. ala yang nampak macam bulat2 kat hujung dia tu. sebab tu kalau hari hujan kita orang tak kutip bunga durian ni sebab berlendir. kalau sapa yang rajin main dengan lendir dia tu boleh je kutip~ tak ada halnya..





tengok gambar kat atas ni pulak, yang ni dah di buang lendirnya. boleh beza kan antara dua gambar di atas?? yang dah dibuang lendir ni boleh di masak dah. dijadikan sayur. buat kerabu pun boleh tapi kena celur lah dulu.





gambar yang terakhir ni pulak bila bunga durian dah di masak. ni masakkan ringkas je. masak rebus campur ikan terubuk masin. sedap sangat2! sejak bunga durian ada ni, boleh dikatakan hari2 masak sayur bunga durian ^^,


korang faham2 jelahkan, durian bukannya selalu berbunga & berbuah. jadi bila dah ada tu makan jela sepuas - puasnya. he he he~ nanti aku up kan entri resepi bunga durian ni ye~ tu pun kalau ada yang nak try la. okaylah, bye!


p/s - teringat masa kat sekolah dulu, aku bawak bekal sayur bunga durian. hampir suma kawan2 aku cakap pertama kali dia orang tengok bunga durian & tau bunga durian boleh di makan.. ada pulak yang penah tengok tapi tak penah makan.. bila dah makan suma cakap sedap!


Comments

EiZaRaZiErYa said…
waw...zie bwu tw yg bole mkn bnge durian 2...alaa..zie pon bkn ske sayur2 ni..ag2 ulam2..xmkn pon..huuuhuhu..tapi~ sedap ke bnge durian 2..?? wink3 >_<
Kathy Tuah said…
sedap tau bunga durian ni.. sayur2 lain pun sedap jugak ^^,
Salbiah Zakeri said…
ehh boleh mkn ek?hikhik..baru tau :)
pena rozie said…
X pernah dengar selami ni bunga durian boleh makan...
Pak Syahot said…
xtaw plak bnga durian boleh mkn....ni yg mcm nk cbe neyh...tp awat kg kathy skunk ni musim durian??kt kg PS xde lngsong buahnye..grrr jels neyh..
Kathy Tuah said…
salbiah zakeri - a'ah, boleh makan :)

pena rozie - yeke? boleh d makan lah ^^,

PS - cuba tau! tu la pasal, tetiba je sekarang ni musim bunga durian =)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.