Susah Ke STPM?? (Part 2)

assalammualaikum & hi ~


sebelum ni kat SINI aku ada cerita sikit pasal STPM dan paper PP yang aku tak pernah lulus! jadi entri kali ni aku nak sambunglah lagi pasal STPM ni. berbalik dengan soalannya, Susah Ke STPM?? sebenarnya apa2 ujian memang susah. tapi kalau tanya aku pasal STPM ni susah ke tak, pasti aku jawab susah!


sebab apa susah?? sebab aku malas baca! bila ko dah malas baca, macam mana ko nak faham kan?? bila tak faham macam mana nak lulus?? jadi tu yang buatkan PP asyik failed je -.-' tapi final exam antara pelajar STPM dengan diploma tetap berbeza. lagi2 STPM tak ada carry mark. 100% kena skor masa final exam.


berbalik pasal paper PP aku yang tak pernah lulus~ jadi aku ambik alternatif yang korang jangan ikutlah ye. iaitu dengan study last minute. pehhh!! Allah je tahu macam mana aku nak habiskan suma chapter pada saat2 akhir. dan masa tu aku just hafal keyword je. bila result keluar, alhamdulillah~ aku dapat B. syukur sangat masa tu. dan sebab PP ni jugak aku dapat masuk U dalam course marketing :') betul kan kata orang, ada hikmah setiap apa yang berlaku~


jadi, kesimpulannya di sini STPM memang agak susah! sebab kita perlu banyak membaca & rajin menghafal. tapi tak bermakna STPM ni susah kita sampai tak boleh lulus, tak! tak sampai macam tu. kalau rajin insyaAllah lulus, kalau tak rajin boleh repeat balik kalau failed! heeeee~


okaylah, tu je lah yang dapat aku ulas pasal STPM. aku ni bukannya pandai sangat pun. ni pun melalui pengalaman aku sendiri. tak ada kaitan dengan pengalaman orang lain ye. bye~


p/s - kadang2 rindu nak pakai uniform sekolah -.-'




Comments

Syat0za Zai said…
Terima kasih Kak Kathy Tuah :D

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.