Siap Turun Naik Guna Lift Bila Ada Gegaran.

assalammualaikum & hi ~


aku tau korang suma dah tau pasal gempar bumi yang berlaku kat sumatera utara tu kan? ada beberapa negeri kat Malaysia kesayanganku ni turut merasa tempiasnya. antaranya putrajaya & melaka. sebut pasal melaka, aku nak tunjuk kampus aku dulu. tengok kat bawah ni. UiTM kampus bandaraya melaka yang setinggi 16 tingkat.





kejadian berlaku ketika kelas QMT 425 dan kelas di tingkat 6 ~~ aku kalau dah QMT ni memang focus tahap gaban! sebab aku kurang pandai QMT ni. ye, aku mengaku yang aku agak lemah dalam bab kira mengira ni T_T tapi setelah berjuang mendengar lecture dan membuat latihan selama hampir 2 jam, kelas pun habis. horaayy!!


tapi yang peliknya bila keluar kelas, tingkat 6 ni sunyi semacam je. sedangkan setiap tingkat ada 6 ke 7 bilik kelas. tapi okay jugak budak lain tak ada, senanglah nak guna lift. tak payah nak berebut2, bersempit2 & bersenggol-senggolan -.-'


kawan aku ajak pegi cafe kat tingkat 4, tapi aku suruh dia turun dulu sebab aku nak pergi library kat tingkat 12. terbukak je pintu lift tengok2 library tutup. buang tabiat ke apa library ni? dahla semangat nak cari ilmu kat situ, dia pulak tutup! tak patut.


aku pun turun kat tingkat 4. cari kawan aku kat cafe tapi tak ada. jadi tanpa membuang masa aku terus turun ke bawah. terbukak je pintu lift tanpa lafaz bismillah & salam aku telah dimarah oleh pak guard sebab guna lift. rupa2nya kat bawah budak2 lain dah ramai berkumpul. ada gegaran gempa bumi. kawan aku siap kena interview wartawan lagi.


masa tu aku pulak sibuk jadi wartawan tanya budak2 yang terasa gegaran tu. yang tak tahannya budak kelas kita orang selamba giler boleh duduk dalam kelas sampai kelas habis dan siap turun naik guna lift sedangkan ada budak kelas lain kena buat test kat parking. huhuhu~

apa2 pun alhamdulillah semuanya selamat ~ cuma yang aku pelik kenapa loceng kecemasan kat bangunan tu tak berbunyi??


p/s - peristiwa ni berlaku pada tahun 2007 :)




Comments

Aleeyaah Darn said…
omg. KBM pun penah ade gegaran kah.
haish. risau la camniy. :(

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.