Isteri Yang Dibohongi.

Isteri Yang Dibohongi.


Abang,
Jika dia pilihan abang,
Jika dia buah hati abang,
Jika dia kekasih gelap abang,
Dan jika dia bakal madu sayang,
Kenapa sayang yang tahu kemudian??
Sungguh terkilan!

Abang,
Hati ni terlalu kecil untuk mengerti,
Hati ini terlalu lemah untuk memahami,
Hati ini takut juga memikiri,
Dan hati ini juga takut untuk mengakui,
Bila abang punya wanita lain selain diri ini!

Abang,
Andai sayang salah,
kenapa abang tak betulkan?
Andai sayang terkurang,
kenapa abang tak minta tambahkan?
Andai sayang terlepas pandang,
kenapa abang tak ditegurkan?
Susah sangat ke abang?
Sungguh terkilan!

Abang,
Sekali abang bohongi,
Seribu kali sayang maafi,
Kali kedua abang lakukan lagi,
Tapi sayang tetap memujuk hati ini,
Tapi bila sudah puas ia terjadi,
Hati ini sudah bosan untuk memaafi,

Abang,
Sayang bukan wanita tabah,
Sayang juga bukan isteri solehan,
Tapi sayang nak tahu,
Sejauh mana layaknya abang mencarikan madu?
Madu untuk isteri yang sanggup berkorban jiwa dan waktu??
Sedangkan pada sayang adilnya belum tentu??

Abang,
Apa – apa pun yang terjadi,
Sayang ini isteri yang telah abang kahwini,
Isteri yang melahirkan zuriat buat suami disayangi,
Tapi rasa terhina bila dibohongi suami!

Abang,
Sekali lagi sayang beri peluang,
Bukan memaafkan tapi untuk redakan keadaan,
Sayang tidak sanggup berkongsi dengan mana – mana perempuan,
Jadi abang pandai – pandailah membuat pilihan,
Jangan dijadikan anak sebagai alasan,
Kerana andai takdir kita putus ditengah jalan,
Maka sayang pasrah dengan takdir Tuhan.

p/s – ini hanya nukilan semata – mata! Tidak ada kaitan dengan tuan punya blog sebab dia belum berkahwin lagi!! Heeeee~ *mintak – mintak tak akan jadi benda macam ni kat aku bila dah kawin nanti!amin*

Comments

si para para said…
oh ingat certia betul tadi..baru nak..err tak jadi la..hehe nice one.
kathy said…
ops! heeee~ tq ^^,

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.