Bakso @ Tatau & Selamat Hari Gawai.
assalammualaikum & hi~
aku rasa korang pun tau esok kat sini (Sarawak) cuti sebab menyambut Hari Gawai. kat Sabah lak Hari Kaamatan. jadi, esok hingga Jumaat InsyaAllah aku akan berada di Sabah. macam yang aku citer kat SINI dulu. dah nama pun cuti kan jadi kita kenalah pergi bercuti ^^,
tapi sebelum mengharungi perjalanan dari Miri ke Sabah esok, pagi tadi aku dan dua buah keluarga abang2 aku kena drive dari Kuching ke Miri. perjalanan lebih kurang 12 jam -.-' penat giler wei~~~
jadi untuk makan tengah hari kita orang singgah ke Tatau. *Tatau ni selepas Selangau dan sebelum Bintulu* memandangkan aku suka bakso jadi aku order bakso. tengok gambar bakso kat atas tu. bakso tu la yang aku makan tadi. sedap sangat2!
sebelum out ni aku nak ucapkan Selamat Hari Gawai pada semua kawan2 dan seluruh warga Sarawak yang menyambutnya esok. okaylah, nak tidur dah ni. esok nak gerak awal pagi. doakan aku selamat pergi dan selamat balik ye. terima kasih, bye!
p/s - bayangan Kundasang dah bermain2 di fikiran!
Comments