Tak Nak Bercinta Dengan Orang Semenanjung!

assalammualaikum & hi~


penangan segmen abg ben yang INI tadi betul2 bagi tempias kat aku. terus terbawa2 nak buat entri pasal cinta lagi ni. *alasan! padahal aku ni memang kaki jiwang pun -.-'


malas nak panjangkan mukadimah, baik aku teruskan pada tajuk perbincangan kita pada malam ni ye. sebenarnya ni berkenaan dengan pengalaman aku yang sedang bercinta dengan orang semenanjung. *pehh! lum lagi aku kapel ngan omputih kan?? memang 2 3 kali entri pasal tu je* tapi jangan salah faham. niat aku nak citer ni cuma nak kongsikan apa yang penah aku lalui.


terus terang, masa mula2 dulu aku memang tak nak kapel dengan orang jauh2. kalau boleh biarlah area kuching ni. sebab nanti kalau raya pertama tu dalam hari yang sama leh balik kampung kedua2 belah pihak. tengok, betapa terpengaruhnya aku dengan citer kat TV yang selalu citer pasal gaduh laki bini bila raya menjelang T_T


mungkin Allah nak uji aku sehingga aku dipertemukan dengan si dia! masa tu study kat melaka. mula2 tak ada feeling okay! hahaha..sebab masa tu dalam kepala otak aku ni memang tak nak kapel dengan orang jauh2 lagi2 dia yang duk kat semenanjung. tak mo!! nanti raya pertama tak dapat balik, kalau balik pun mesti ikut turn!! *raya lagi!*


tapi lama2 berputiklah bunga2 cinta nyanyian misha omar tu! ambik kau Kathy! tiba2 aku teringat satu pepatah yang mengatakan "kadang2 Allah akan memberikan apa yang kita tidak mahu sedangkan apa yang DIA beri itu punya kebaikkannya". dan aku akui sejak dipertemukan dengan dia, banyak nilai2 murni yang aku belajar dari dia. eh, jap! nilai2 murni?? ala ayat bukan main skema lagi kan? tapi tak apalah asalkan korang faham.


bila dah kenalkan dia dengan keluarga, alhamdulillah keluarga boleh terima. siap kakak & abang2 aku cakap lagi bila kitaorang dah nikah nanti senang lah diaorang nak pegi sana sebab ada tempat stay so tak payah sewa hotel. *rupa2nya diaorang ada niat tersembunyi..ish3!*


apa2 pun kalau boleh korang janganlah set kan kat dalam kepala otak korang tu tak nak orang macam ni, tak nak yang macam tu sebab benda tu dah jadi kat aku. makin kita tak nak, makin tu lah yang makin hampir kat kita. dan melalui pengalaman seorang teman pulak yang tak nak lelaki yang kurang upaya tapi akhirnya dia dapat lelaki yang betul2 kurang upaya jadi suaminya. ermm fikir2kan lah.. okaylah,bye!


p/s - setiap kita punya lelaki & wanita impian tapi berpada2lah. yang penting dia bawa kita ke arah kebaikan. InsyaAllah.. *rasa2nya isu raya ada lagi tak?? hehehe*






Comments

miRa'e said…
selalunya yg xnak tu la kita dpt kn..hehehe
kathy said…
tu la pasal..adoi!!
Unknown said…
yg terbaik adalah daripada Allah Taala,
aizamia3 said…
kita hanya merancang.. tapi Allah dah tentukan untuk kita apa yang terbaik untuk kita.. terimalah dengan hati terbuka..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???