Resepi Kerang Rebus Ala Sarawak.

assalammualaikum & salam Jumaat~


hari tu makan kerang rebus. pehh!! bukan main mahal kerang kat Kuching ni. 1 kilo = rm8. kat semenanjung aku beli sekilo tak sampai rm2 -.-' tapi memandangkan bapak nak makan so beli je. tak sampai 20 ekor kut dah rm7. sebab kerang ni besar nak mamp*s!! *aku tak suka yang saiz besar macam ni*



okaylah, beralih dengan resepinya pulak cukup senang. kita tengok ye~


bahan2 :


1/2 kilo kerang
1 biji bawang merah (dipotong)
2 ulas bawang putih (dipotong)
1 serai (diketuk)
2 tangkai cili kering (dipotong pendek2)
sedikit air
garam
serbuk perasa

*bahan2 ni korang leh agak2 sendiri jugak tau sebab masa aku masak tu aku bukannya ingat sangat kuantiti bahan2nya T_T


IKLAN - *sudut belajar Bahasa Sarawak - aik = air*


cara membuatnya :


korang masukkan semua sekali bahan2 kat atas kecuali garam dan serbuk perasa. lepas tu didihkan. kalau aku,aku suka air yang sikit je sebab nanti air kerang tu keluar jadi tak pelu letak air banyak2. masukkan garam & serbuk perasa. bila kerang2 tu dah mula terbuka dan nampak isinya itu maknanya kerang tu dah masak. bolehlah makan dengan cicah kat sambal kicap ^^,


err..aku tau mesti ada yang cakap resepi simple macam ni pun nak share ke?? tapi bagi aku, selagi benda yang baik tak salah kita kongsi kan? bukan apa, sekarang ni dunia makin maju dan banyak yang baru nak belajar memasak dan cari resepi kat internet. aku tahu tak semua yang tahu masak walaupun masakan simple macam ni kan??ngaku jela..hahaha~


apa2 pun terpulang pada korang ye. sebab aku ni pun baru je pandai masak. tu pun yang simple2 je -.-' cukupla tuk makan aku sekeluarga. okaylah, selamat mencuba (^^,)


p/s - dah kenyang terus ngantuk. pasni nak tdo!! pada sape2 yang tengah keje tu sila jeles ye (>_<)

Comments

dilazfamily said…
salam kenal dari Dilaz
Dilaz follow kathy

sedap yer kerang tu.nak sikit boleh.
suka makan kerang, nie buat nak cari kerang nie
kathy said…
tq awk ^^,

g cari kerang tau (:
Hamba Allah said…
nmpk mcm sedapp ^^

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.