Passport Berkumpulan Ke Sabah!

assalammualaikum & hi~


semalam family abang2 aku pegi buat passport berkumpulan iaitu keluarga abang amit & abang alim. sebab diaorang nak ke Miri dan terus ke Sabah awal bulan 6 ni. lagipun Sarawak kan cuti setiap awal bulan 6 kan? errr..kenapa pelu buat passport?? kalau kita drive dari Miri ke Sabah kena lalu Brunei jadi pelu la ada passport.


jadi memandangkan diaorang cuma nak pegi Sabah jadi baik buat yang passport berkumpulan je. tapi kalau korang nak buat, kena minimum 5 orang & maksimum 20 orang tau. dan bayar rm200 je untuk 1 kumpulan. tapi kalau ada duit lebih tu baik buat yang international terus. rm100 untuk 2 tahun.


berbalik dengan citer pegi Sabah tu nanti, kalau tak ada apa aku pun akan join sekali. insyaAllah. tapi kalau difikirkan perjalanan selama 12 jam tu dari Kuching ke Miri buatkan aku macam malas je -.-' belum kira dari Miri ke Sabah lagi. lagipun aku penah dah ke Sabah macam yang aku citer kat SINI dan kat SINI.


tapi kali ni macam lebih menarik sebab gerak 2 keta dari Kuching ke Miri. dan kat Miri nanti duk kat rumah abang dilah pulak dan dia ngan family dia pun akan ke Sabah sama2 dengan kita orang jadi total 3 buah keta ke Sabah. konvoi lah kan ^^, hotel pun dah booking (:


harap2 sumenya berjalan dengan lancar lah. cuma aku memang tak sure pegi ke tak. jangan kena blacklist ptptn dah lah T_T


p/s - harap2 tak blacklist sementara passport aku masih valid until 2012. amin!

Comments

Jay said…
wah best gilak eh..boleh ktk nemu kmk kat sitok klak.hehehe
Naz Al Yahya said…
dtg la sbah kathy, nnt roger naz..bole jmpa :)
kathy said…
jay - ktk d sabah kah??heeee~

naz - insyaAllah..yelakan, naz kan kat KK..
Jay said…
aok..kmk d sabah tok..kk..hehehe
kathy said…
jay - ktk d sabah kah??

naz - yelahkan naz kat KK..insyaAllah ^^,

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???