Korang Suka Makan Burger Ayam Ke Burger Daging??
assalammualaikum & selamat malam~
yeah! akhirnya dapat gak bukak blog kejap. punyalah sibuk hari ni. bukan sibuk apa pun, cuma tolong mak buat kuih sepit *kat semenanjung tak tau lak namanya* dengan pais pisang a.k.a lepat pisang *kalau tak silap* nanti aku up entri pasal kuih muih tu ye ^^,
tapi bila malam2 macam ni terasa nak makan kat mcd lak pulak T_T masa kat seremban dulu aku suka pegi makan kat mcd sebelah giant tu. ala yang area senawang tu. tabiat aku ni suka makan kentang laju2 sambil cecah dengan sos yang ditaburi dengan pepper!! *jangan ikut aksi ni ketika makan*
dan gambar kat atas ni masa makan kat mcd senawang. aku ni kadang2 suka juga makan ayam goreng kat mcd walaupun sebenarnya aku lebih suka ayam kat kfc -.-' sekali sekala tak apa kan? cuma kalau kat mcd ni aku prefer makan burger yang diperbuat daripada daging!
maknanya apa2 sahaja burger kat mcd tu yang berasaskan daging aku suka. sebab aku kurang suka makan burger ayam *ala burger ayam yang agak popular kat mcd kan mc chicken?? * jadi sudah semestinya mc chicken kat dalam gambar atas tu bukan aku yang punya. heeeeee~
IKLAN *sudut belajar Bahasa Sarawak - iboh arap = jangan harap*
dah citer pasal ni lapar lah pulak! kalau kat kuching ni jangan harap la nak makan mcd ataupun makan kat luar selalu! sebab kat rumah aku ni sejak kecik lagi kita orang tak dibiasakan makan kat luar. mak penah kata gak makanan kat rumah lebih bersih. kecuali hari2 tertentu je baru kita orang sekeluarga makan kat luar. tapi tak kisah la kan, asalkan makan ;p
okaylah, aku nak cari apa2 yang leh makan kat dapur jap lagi.bye~
p/s - suka sangat makan beef prosperity burger!! korang suka burger apa lak erk?
Comments
lagi best
prosperity burger punn minat yang daging
kdg2 layan gak spicy chicken :DD
tapi gi mcd tetap order mcChicken..
hehe..sedap sangat.. =)