Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Final)


baca dulu part 1 kat SINI, part 2 kat SINI, part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI  
& part 6 kat SINI  & part 7 kat SINI.


Petang itu,aku nekad untuk bertemu dengan Aiman setelah mendapat nasihat daripada Ida. Aku juga ingin tahu apa tujuan sebenarnya Aiman berbuat sedemikian. Tidak sampai sepuluh minit aku duduk di salah sebuah kerusi di stadium mini itu tiba – tiba Aiman melabuhkan punggungnya disebelahku. Petang itu dia hanya memakai jeans dan t-shirt putih. Cermin mata hitam yang digayakan membuatkan Aiman kelihatan agak tampan. Ops! Aku memuji musuh ketat aku sendiri?? Pelik dah ni! Huh! 

“Awak mesti terkejut apabila dapat tahu musuh ketat awak sebenarnya orang yang admire dengan awak selama ni,” Aiman memulakan bicara. Aku hanya memandang padang stadium yang kosong itu. Ida ada mengatakan latihan mereka dihentikan seketika kerana pelajar hendak menduduki final exam tidak lama lagi. 

Frankly speaking, saya terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Saya tak pasti sama ada apa yang awak katakana itu benar – benar ikhlas atau sekadar ingin mempermainkan saya lagi. Saya kenal siapa awak Aiman,” kataku sedikit perlahan namun jelas sampai di telinga Aiman. 

“Tapi awak tak kenal lagi cinta saya kan?”
Terasa luruh jantungku mendengar suara Aiman waktu itu. Takkanlah aku semudah ini cair dengan lelaki yang merangkap musuh ketatku. Ataupun apa yang Ida katakana sebelum ini benar yang aku sebenarnya ada hati dengan Aiman. Kalau tak masakan aku melayan kerenah Aiman sedangkan aku jenis yang tidak suka bergaduh dan suka mengalah dengan sesiapa saja.

Menurut pemerhatian Ida lagi, aku ini sama seperti Aiman yang menggunakan helah bergaduh untuk menarik perhatian antara satu sama yang lain. Tapi betul ke? Aku sendiri tidak pasti tapi yang nyata apabila tidak bergaduh dengan Aiman dalam tempoh seminggu pasti aku mula merindui dirinya. Ya Allah! Adakah aku benar – benar menyintai lelaki ini?? 

“Sempat lagi mengelamun!”
Aku tersentak apabila Aiman menyiku lenganku. Eish! Buat orang terperanjat je,ngomelku dalam hati.
“Macam ni lah awak, saya rasa saya kena fikir dulu benda ni. Lagipun hal ni berkaitan dengan hati dan perasaan. Saya pun nak pastikan awak betul – betul jujur dengan saya.” Hanya itu yang mampu aku perkatakan. Aiman membuka cermin matanya lalu memandang tepat ke mataku. Bab ni yang paling aku tak suka! Malu..

“Saya akan tunggu jawapan awak. Tapi rasanya tak salah kita memulakan perkenalan yang baru kan?” katanya sambil tersenyum. Buat kali pertama senyumannya kubalas. Ikhlas. 
“Ermm, nama saya Syed Aiman Firdaus. Awak boleh panggil saya Aiman,” perkenalnya lalu menghulurkan tangan kepadaku. Huluan tangannya itu kusambut dengan senyuman mesra.
“Saya Lia Alia. Nice to meet you,” kataku pula. Ketika aku menarik tanganku daripada genggaman tangannya, dia merapatkan wajahnya ditelingaku lalu berbisik. 

“Selamat Ulang Tahun sayang.” Belum sempat aku mengucapkan terima kasih aku sudah terdengar suara orang menyanyikan lagu Happy Birthday dari arah berlakang. Apabila aku menoleh, aku terkejut melihat teman sekelasku dan beberapa teman rapat Aiman sedang menuju ke arah kami berdua. Kelihatan Ida sedang membawa kek menghampiriku. Oh, dia orang ni semua dah pakat nak kenakan aku lah ye? Tak pe! Tak pe! 

          Happy birthday to you Lia,
          Happy birthday to you!”

Namun dalam masa yang aku sungguh terharu dengan kejutan yang dibuat dan Ida sempat berbisik mengatakan semua itu adalah idea daripada Aiman. Sempat wajah Aiman kupandang sekilas namun itu sudah cukup melempiaskan rasa kasihku padanya. 
 
“Kalau ye pun tak kan tangan tu tak lepas – lepas dari tadi,” usik Kimi. Alamak! Baru aku perasaan tanganku masih lagi berada di dalam genggaman Aiman. Aiman sudah pun tersengih. Kami semua menuju ke padang untuk memotong kek, tambahan pula teman sekelasku ada yang membawa bungkusan Pizza Hut dan KFC.  

Mungkin hatiku mula menerima kehadiran insan yang paling kubenci untuk bertakhta dihatiku. Akhirnya aku akur dengan ketentuan Allah swt kerana memberikan aku cara begini untuk mendapatkan cinta. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Satu senyuman terukir dibibir.

p/s - Cerpen ni dibuat masa form 5 -.-'

Comments

aLeesYa's Mummy said…
hmmmm ada bakat lah..
sy sgt suka mmbaca n pernah terfikir nk jd penulis..hehehe tp entah le..xde bakat kot...
ape pon gud job!
kathy said…
hahaha..tq! ni saja je suka2..
Aku DaN SeSuAtU said…
suka..suka sangat dgn cerpen,novel n puitis2 ni..tapi xkesmpatan lgi nk menulis mcm nie..boleh jdi novel dah nie kathy tuah
kathy said…
amin..doa2kan jela ye ^^

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.