Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 7)


baca dulu part 1 kat SINI, part 2 kat SINI, part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI  
& part 6 kat SINI.

Kau ni tuang kelas ke? Tak pernah – pernah kau tuang kelas tapi hari ni..” 
 “Ida, kau ada jumpa Kaira tak tadi?” aku memintas kata – kata Ida. Ida mengerutkan dahinya seolah – olah mengingatkan sesuatu. 

“Tadi aku nampak dia sembang dengan Suzana, budak junior yang kena buli dulu. Tapi kenapa kau tanya pasal dia?”
Mendengar pertanyaan Ida membuatkan aku mengeluarkan hadiah yang diberi oleh Aiman sebentar tadi. 

“Macam hadiah yang kau dapat masa birthday kau last year dengan hadiah masa valentine day. Kaira tak bagi tahu lagi ke sapa yang menjadi secret admire kau selama ni?Lagipun Kaira kan yang jadi wakil peminat kau tu untuk serahkan hadiah pada kau selama ni?” sekali lagi Ida bertanya. Aku tidak segera menjawab sebaliknya aku mengeluarkan empat kotak hadiah yang berbalut dengan keratan majalah yang masih belum dibuka dari almari kecilku.

“Kau pernah cakap, kau akan buka semua hadiah ni bila kau dah tahu siapa orang yang bagi hadiah – hadiah ni semua kan?” kata Ida sambil duduk di sebelahku. 

Aku mencapai gunting lalu membuka hadiah yang pertama kalinya aku terima. Mataku hampir terkeluar melihat album gambar yang penuh dengan gambar – gambarku di kolej. Hadiah kedua pula sepasang baju kurung berwarna merah jambu. Satu senyuman tiba – tiba terukir di bibirku. 

“Lia, lebih baik kau cakap siapa yang bagi hadiah ni. Kalau kau tak tahu kau tak akan buka hadiah ni semua,” pujuk Ida lagi. Aku tidak menjawab sebaliknya terus membuka kotak hadiah yang ketiga. 

“Eish, aku rasa anak orang kaya yang minat tahap dewa dengan kau ni Lia. Kau tengok ni, siap bagi camera  lagi. Aku tengok je aku dah tahu mahal.” Ida berkata sambil membelek – belek camera yang berwarna merah jambu itu. 

“Ya Allah Lia, dalam camera ni semua gambar – gambar kau. Kalau tak angau, gila dah mamat ni!” 

Mendengar kata – kata Ida membuatkan aku semakin teruja untuk membuka hadiah yang keempat. Namun di dalam hadiah itu hanya ada sekeping nota ringkas.

          Lia kusayang,
          Tunggu hadiah yang kelima yang akan tiba bersama hari jadimu.

“Wah, romantik tetap ada walaupun hanya sebaris kata!” usik Ida. Hatiku mula berbunga. Eish! Tak kanlah dia tu fanatik sangat kat aku ni. 

Akhirnya hadiah yang terakhir kubuka. Wajah Aiman tiba – tiba muncul di fikiranku. Tak kan dia minat kat aku sedangkan kami berdua musuh ketat kat kolej ni,fikir hatiku lagi. Tapi mungkin jugak ada orang lain yang suruh dia bagi kat aku. Aku mencongak – congak sendiri. Ah! Buka jelah. 

Apabila hadiah terakhir itu dibuka, tanganku menggeletar apabila melihat gambar Aiman yang sudah pun dibingkai dengan cantik sekali dan yang paling mengejutkan ada sebentuk cincin berlian bermata satu. Ida memandang tepat ke wajahku. Aku pasti mesti bermacam – macam persoalan yang ingin diutarakan. 

          Lia kusayang,
          Akhirnya awak tahu jugak siapa yang menjadi secret admire awak selama ini kan? Saya tahu pasti awak inginkan penjelasan daripada saya jadi saya harap awak akan berjumpa dengan saya di stadium petang ni pada pukul 5.30 petang. Saya ada semua jawapan yang awak inginkan.
          Aiman.

bersambung ^^,

Comments

aLeesYa's Mummy said…
x sabar nk tahu ending
Anna said…
Nice story....
Yah walaupun bacany agak gimana gitu.
Abis aku kan orang indonesia. Harus menyesuaikan bahasanya juga.
Tapi aku suka kok....

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.