klik sekali~

Monday, August 22, 2011

Nak Ulas Status ZackZukhairi.

assalammualaikum & hi~ 
 
Aku tertarik dengan post dekat fanpage si ZackZukhairi. Siapa Zack? Kalau korang tak kenal, nampak sangat korang tak explore sepenuhnya dunia berblog ni. Eceh! Bukan apa, blog dia sempoi je. Aku suka baca sebab kadang – kadang boleh buat aku gelak sorang – sorang. Dah macam orang tak betul je -.-'

Okay, tapi ni bukan nak review blog dia ke apa. Tapi aku nak ulas pasal status dia minggu lepas macam kat gambar bawah ni.


        ~klik untuk tumbesaran yang lebih sihat & kuat~

Bila aku nampak je status dia tu terus aku komen. Yelah, asyik nak salahkan kelapa je. Macamlah tupai tu tak salah! Aku ni kalau berkaitan dengan hal ehwal pempuan mesti nak emo sikit. Sikit je ye. Sebab aku pun bukannya perfect sangat. teehee.

Tapi jangan salah faham pulak, aku bukan nak salahkan zack sebab status dia pasal benda ni. dia pun ambik dari drama kat tv. Aku cuma nak ulas dialog dalam drama tu. wah! Macam bagus sangat dah aku ni ye, nak ulas – ulas drama pulak. Huh! 

Tapi bila aku tengok balik dialog tu aku sedar bahawa Bahasa Melayu ni punya nilai bahasa yang tinggi. Kau tengok jelah dialog dia. Dia guna bahasa cukup punya halus tapi maksud dalam kemain. Dia tak cakap pempuan tu ‘pelacur’ ke ‘pempuan murah’ ke kan? tapi dia cakap ‘kelapa kene tebuk’ je. Pempuan = kelapa T_T

Itu soal bahasa dalam dialog tu tapi benda macam ni memang terjadi dalam masyarakat kita kan? kalau pempuan tu ‘dah kene tebuk tupai’ lepas tu ‘termengandung’ lagi aku confirm sure pasti sume duk salahkan pempuan tu. pempuan tak pandai jaga dirilah, pakai seksilah, itu la ini la. Wah! Yang salah sume pempuan. Yang budak kecik pun kau rembat apa kes?? 

Malas nak citer panjang lebar tinggi pendek, kita sama – samalah fikir apa yang terbaik untuk nusa dan bangsa! Mood patriotic pagi – pagi ni. hehe. Tapi cuma aku nak cakap sikit yang lelaki lebih sesuai dikaitkan dengan BUAYA. Bukan tupai. Haha. Peace no war~! 

p/s – sabtu ngan ahad lepas sibuk buat kuih raya ^_^







16 comments:

iz said...

Bahasa menunjkkan bangsa..
Tapi bebudak skrg. Bahasa melayu advance..
Nak baca kadang2 pon susah.. Hehe

Kathy Tuah said...

tau xpe..hahaha..

NurulAthirah said...

btl...konon bhsa mnunjukkn emosi...no wonder le bdk2 skang mmg slalu gne bhsa dorg...

CikNyz said...

n3 baca terbaru CikNyuz selepas lama tak update belog..

Kathy Tuah said...

nurul - skrg mcm2 bahasa ada dah.. huhu.

ciknyz - tq, jap lagi sy singgah :)

el-janna said...

betui tu... lelaki jahat tau!

شافروني صفر said...

Biasalah masyarakat sekarang ...sikit2 salahkan perempuan ... tpi dorang lupa dlm setandan kelapa x semua kenak tebuk tupai ... :)

Kathy Tuah said...

el - janna - err..x sume kut..heee..

شافروني صفر - setuju!!

Namee Roslan said...

laa..bila saya baca entry awak ni baru saya faham apa maksud status zack tu. before ni sy ada baca status dia tp xtau plak apa maksud dia/ haha, betul jugak..tupai:lelaki tu x salah ke? hiks. tp zack reply tak?? ;)

Ubey said...

kita mudah menghukum kan. kadang2 berilah peluang utk diorg ni insaf.

Kathy Tuah said...

namee - sy ni sensitif ckit part pempuan ni..hahaha..xde nye dia nk reply namee, berapa bnyk komen dia nk reply..huhu

ubey - setuju! jgn asyik nk hukum je tnpa beri peluang..

Marina said...

tak boleh 100% salahkan tupaikan? tapi selalunye tupai la yg mencari masalah...sepandai2 tupai melompat, walaupon comel tapi kantoi juger..heee~

Kathy Tuah said...

tu lah kan..dua2 sama je sbnrnya..cuma kita ni pempuan msti nk lebih kn sikit pempuan..hihi

echa takashimaya said...

ZackZuhairi Terbaik!

kalau kelapa tu ditebuk oleh kerelaan kalapa dan tupai jadi duadua pon salah.

ada jugak kelapa yang ditebuk oleh tupai yang jahat! jadi adakah kelapa perlu disalahkan lagi?dunia!kata ikut suka je.

tapi kalau tupai yang ditebuk oleh kelapa.cenggane?haha.

macam macam boleh jadi kalau iman tak kuat.

Pendamba Mawar said...

hurm sebab perempuan dituduh bila perempuan tpksa menanggung sesuatu yang tak dapat disorokkan..hurm btw dua2 salah

Kathy Tuah said...

echa - yg x sukanya bila ditebuk tupai yg jahat tu..huhu..part mcm ni iman mmg kene kuat :)

pendamba mawar - tu la kan, kalau lelaki leh sorok2 lagi..