klik sekali~

Tuesday, August 16, 2011

Resepi Kuih Buah Arak Goreng.

assalammualaikum & hi.


 
 "nama saya unik, SEunik rasa saya!"

Hari ni aku akan kongsi resepi kuih buah arak goreng. Tapi jangan konfius dulu cik adik dan cik abang walaupun aku tau cik abang jarang nak buat kuih kan? sebab kuih ni dijamin HALAL walaupun ada perkataan ‘arak’ disitu. Tapi ko jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu. aku lahir – lahir je dah dengar mak aku sebut kuih ni kuih buah arak goreng. Jadi sape – sape yang tau nama specific kuih ni tolonglah bagi tau ye. Jasa anda amatlah dihargai :')

Okay, mari kita perati dia punya bahan – bahan pulak. 

Bahan – bahan kulit :
Sebungkus tepung pulut
1 sudu kecil garam
Air suam secukupnya

Bahan – bahan inti :
Kacang tanah disangai dan dikisar
Gula

Bahan sampingan :
Bijan.
Minyak untuk menggoreng.  

Cara membuatnya :

Untuk bahagian kulit tu ko gaul tepung pulut dengan garam dulu. Lepas tu baru ko masukkan air sedikit demi sedikit. Bila kau dah tengok adunan kulit tu tak melekat kat tangan dan dah dapat dibuat bulat – bulat, maksudnya cukup takat tu je ko letak air. Ala macam ko buat kuih buah Melaka. Sama je tu. 

Untuk inti dia pulak ko gaul je kacang tanah dengan gula. Gula tu pun ikut selera sendiri lah. Nak manis letak lebih, nak kurang manis letak sikit je. Jadi ikut tahap kemanisan yang korang nak. 

Okaylah, lepas tu korang buatlah adunan kuit tadi jadi bulat – bulat pastu masukkan inti dan golek – golekan kuih tadi pada bijan. Macam dalam gambar. Pastu goreng. Pastikan minyak betul – betul panas. Dan kalau dah masak kuih tu akan macam meletup. 

Tapi bukanlah meletup sampai minyak terpercik ke apa. Maksud aku kuih tu akan merekah sedikit, bila dia merekah tu ada bunyi macam meletup tadi slow lah. Antara dengar dengan tidak je. Kalau tak faham buat – buat faham ye. Heh heh heh. Tak adalah, kalau tak faham tanya. Okaylah, bye~! 

p/s – aku jarang jumpa kuih ni kat semenanjung.

8 comments:

ejulz said...

nyaman eh.. lmk x makan kuih tok..

Munna said...

ohh ni kuih sarawak ke? patutla xpnh dgr...msti sedap kan ada inti kacang =)

Kathy Tuah said...

ejulz - nyaman owh kuih tok? hehehe..

munna - sedap sgt ^_^

Kancil 8349 said...

tergugat saya tengok kuih nie lagi...confrim ndak dapat mengajar aku lepas nie...huhuhu...sedapnya nie

Kathy Tuah said...

hahaha..sabar jaklah ye..

شافروني صفر said...

Lamak sik makan kuih tok ... biasa kalau makan aku buang intinya ...

Elih Japahar said...

sy suka makan kuih ni :) ops! dah buka lah ...huhu

Kathy Tuah said...

hahaha..selamat berbuka!