Bila Sekali Sekala Ke Bazaar Ramadhan | Entri Bergambar.

 assalammualaikum & hi~
aku memang jarang pegi bazaar ramadhan. dah 14 hari kita berpuasa dan petang tadi kali ke2 aku pegi. yang first aku pegi masa aku masih kat kuching. sekarang ni aku kat miri jadi aku saja ajak abang aku pegi bazaar ramadhan kat sini pulak. memandangkan aku ni spesis yang jarang pegi bazaar, sekali pegi..mak aii..semua makanan aku nak beli -.-' 

jom kita tengok apa yang aku beli tapi abang aku bayar. heh heh heh (^_^)V tapi..semua gambar ni adalah belas ehsan daripada GOOGLE. aku ingat nak snap gambar makanan sume tu tapi bila cari balik dah tak ada. rupa - rupanya diaorang dah beramah - mesra di dalam perut separa slim ni. tak menyempat langsung, terus ko blah ye makanan. kejam!



 cendol. beli dua bungkus. harga rm2. tapi kurang manis. tak pe lah kan sebab senyuman kita dah manis. cukuplah tu. teeettt!


nasi kerabu. yang aku beli tadi special. ada ayam,ikan,telur asin,petai jeruk, dan apa sahaja yang sama waktu dengannya. harga rm5.50. mahal? tapi berbaloi. abang aku beli 2 bungkus, aku rasa aku bantai sebungkus setangah. peh!



kuih lompat tikam. harga rm3. lepas aku makan aku lak rasa nak lompat bintang. sedap kemain lagi.



 laksam. harga pun rm3. yang ni lum rasa lagi.aku dah simpan dalam peti ais siap - siap. sebab perut separa slim dah nak jadi separa buncit. baik aku simpan tuk esok. harap - harap tak basi la. amin.



 yang last sekali. begedil daging!! yang ni tak beli okay. aku buat sendiri. sebab kalau kau beli rasa kentang je lebih. dahla mahal. baik buat sendiri. kepuasan sehingga ke anak cucu cicit tekak~!

tapi menu aku tak sampai kat situ je. sebab kakak ipar aku buat ikan cencaru sumbat dengan sayur bayam. adeh! aku tak tau hari ni aku macam balas dendam betul makan. tapi okaylah, sekali sekala memanjakan diri sendiri kan? ceh, alasan.okaylah, bye! 


p/s - alhamdulillah sebab negara kita ni masih mewah dengan makanan sebegini. terima kasih Allah :')


Comments

Kancil 8349 said…
banyaknya makanan...kau makan semua ke nie...kalau aku ndak larat nie...cukup 2 je...:)
dilazfamily said…
meriahnya makanan tu.selamat berpuasa
SoLy SoLicious said…
perghhh...banyak jugak membeli ye..heeee
kathy said…
kancil8349 - x la semua, tp hmpir semua..hehehe..

dilazfamily - sekali sekala..selamat berpuasa ^_^

soly solicious - tu la pasal -.-'
roq said…
sedap sangat ke kuih lompat tikam tu?....aku tengok semua dok promot je....huhuh

singgah2 la sini :)
ejulz said…
bnyk na juak.. pat k 3 hari sungkei ya.. heHe

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???