klik sekali~

Thursday, August 11, 2011

Resepi Lepat Pisang.

assalammualaikum & hi~




Hari ni nak share resepi lepat pisang. Kalau kat Sarawak kita orang panggil ‘pais pisang’ tapi aku tak ingat pulak pisang spesis apa yang aku dan mak aku selalu guna. ceh! tapi jangan korang guna pisang tanduk dahlah. sebab aku tak pernah tengok mak aku buat lepat pisang guna pisang tanduk -.-'

Bahan – bahan :

Sesisir pisang masak (dileyek)
1 biji kelapa parut
½  tepung gandum
1 ½ cawan gula (gula ni korang agak – agaklah ye, tak nak manis letak sikit je gula kalau korang nak manis letaklah lebih sikit. Terpulang.)
Daun pisang (layur kan dulu daun pisang ni kat api)

Cara membuatnya. 

Pisang mesti kene lenyek – lenyek sampai penyek. Lepas tu masukkan kelapa parut, tepung gandum dan gula. Gaul sampai semua bahan tu ‘mesra’. Bukan teman tapi mesra tapi mesra kat sini maksudnya ‘sebati’. tu pun nak bagi tau. adeh!

Lepas tu korang letaklah dalam daun pisang. Ikut creativity masing – masing. Kalau korang pandai buat bentuk bulat, buat bulat. Nak buat bentuk segitiga buat bentuk segitiga. Tapi aku buat macam yang dalam gambar tu. sebab kalau korang buat bentuk lain maka itu bukan lepat pisang dah. Heh heh heh. 

Lepas tu kukuslah sampai masak. Siap sudah untuk dimakan. Okaylah, selamat mencuba! Bye~

p/s – resepi dari mak tersayang. Rindu kat mak di kuching :’(

2 comments:

SoLy SoLicious said...

waahhh...lepat pisang....hmm..tp sbape suke sgt..heeee

Kathy Tuah said...

(^_^)