Memori Kad Raya!

assalammualaikum & hi~






~miss google~

ahad lepas aku jalan – jalan di sekitar bandar miri dengan family abang aku. Sebenarnya aku yang nak usha novel kat Popular tu yang ajak diaorang keluar. Heh heh heh. Sambil jalan mata duk melilau sini sana sini. Sampai mata pun dah komplen ‘kenapalah aku ditakdirkan lahir jadi mata budak ni?’ lebih kurang gitula rungutan  si mata. Maka aku jawablah, ‘kau kena terima sebab itu dah ketentuan dariNYA.’ Dengar je aku cakap macam tu terus si mata ni insaf. Dan dia pulak semangat kemain membantu aku menengok mana – mana yang tak tertengok lagi. Ceh! Ayat tunggang langgang masuk longkang je. 

Jadi atas jasa si mata ni, aku ternampaklah sekumpulan kad yang yang melambai – lambai kepadaku. Dia nak aku beli dia lah tu. sori kad raya, aku sekarang tak main lah bagi – bagi kad raya ni. sekarang sume hujung jari je. So tak ada masa aku nak tulis bagai. Tapi tangan aku capai jugak kad raya tu, yelah karang tak tengok kecik ati pulak dia kan? masa tengok kad raya tu terus terimbau kenangan masa dulu – dulu. Masa tak ada handphone, tak ada fb, dan apa – apa saja yang sama waktu dengannya. 

Waktu tu siap buat list lagi nak bagi kat sape. Kalau yang dah bagi awal kad raya tu dekat kau nak tak nak kau kenalah balas sebab dalam kad raya dia tu dah tulis siap - siap macam ni :

PECAH KACA PECAH GELAS,
HABIS BACA HARAP DIBALAS.

Tengok, kemain berbahasa jiwa bangsa budak – budak dulu. Tak cukup dengan tu lagi siap dia tambah macam ni pulak :

PECAH KACA PECAH TONG,
HABIS BACA HARAP DIGANTUNG. 

Hah! Kreatif tak kreatif? Kiranya lepas baca tu kau gantung lah kad raya dia bagi tu. dulu memang suka gantung – gantung kad raya kat dinding rumah. lagi – lagi kakak aku. Siap buat ketupat riben pastu gantung. Nasib baik buluh lemang, pelita dia tak gantung. Heh heh heh.

Tapi tu lah, zaman dah berubah. Aku tengok anak buah aku sekarang tak ada lagi sibuk pasal kad raya. Sibuk berhandphone je. Nak buat macam mana kan? dah rezeki diaorang tak dapat rasa keseronokan macam kita kecik – kecik dulu. Budak sekarang life macam tak fun je. Eh, lari dari tajuk dah. Okaylah. Bye!

p/s – lupa pulak tengok harga kad raya tu. mana tau harga makin murah sebab demand dah decrease..


Comments

cute la your writing .... i like!!

hehehe

Acapsuur (>,<)
SoLy SoLicious said…
pecah kaca, patah papan,
sudah baca, harap disimpan..

nostalgia time terime kad raya mmg eksited kemain smbil nuggu posmen tiba..heehehe... btw, snng2, jom lah join GA sy
Kathy Tuah said…
asyraf - err..tq :')

soly solicious - tu la kan, lama x dpt kad raya ni..haish..ok, jap lagi sy singgah ^_^

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.