Nak Ulas Status ZackZukhairi.
assalammualaikum & hi~
Aku tertarik dengan post dekat fanpage si ZackZukhairi. Siapa Zack? Kalau korang tak kenal, nampak sangat korang tak explore sepenuhnya dunia berblog ni. Eceh! Bukan apa, blog dia sempoi je. Aku suka baca sebab kadang – kadang boleh buat aku gelak sorang – sorang. Dah macam orang tak betul je -.-'
Okay, tapi ni bukan nak review blog dia ke apa. Tapi aku nak ulas pasal status dia minggu lepas macam kat gambar bawah ni.
~klik untuk tumbesaran yang lebih sihat & kuat~
Bila aku nampak je status dia tu terus aku komen. Yelah, asyik nak salahkan kelapa je. Macamlah tupai tu tak salah! Aku ni kalau berkaitan dengan hal ehwal pempuan mesti nak emo sikit. Sikit je ye. Sebab aku pun bukannya perfect sangat. teehee.
Tapi jangan salah faham pulak, aku bukan nak salahkan zack sebab status dia pasal benda ni. dia pun ambik dari drama kat tv. Aku cuma nak ulas dialog dalam drama tu. wah! Macam bagus sangat dah aku ni ye, nak ulas – ulas drama pulak. Huh!
Tapi bila aku tengok balik dialog tu aku sedar bahawa Bahasa Melayu ni punya nilai bahasa yang tinggi. Kau tengok jelah dialog dia. Dia guna bahasa cukup punya halus tapi maksud dalam kemain. Dia tak cakap pempuan tu ‘pelacur’ ke ‘pempuan murah’ ke kan? tapi dia cakap ‘kelapa kene tebuk’ je. Pempuan = kelapa T_T
Itu soal bahasa dalam dialog tu tapi benda macam ni memang terjadi dalam masyarakat kita kan? kalau pempuan tu ‘dah kene tebuk tupai’ lepas tu ‘termengandung’ lagi aku confirm sure pasti sume duk salahkan pempuan tu. pempuan tak pandai jaga dirilah, pakai seksilah, itu la ini la. Wah! Yang salah sume pempuan. Yang budak kecik pun kau rembat apa kes??
Malas nak citer panjang lebar tinggi pendek, kita sama – samalah fikir apa yang terbaik untuk nusa dan bangsa! Mood patriotic pagi – pagi ni. hehe. Tapi cuma aku nak cakap sikit yang lelaki lebih sesuai dikaitkan dengan BUAYA. Bukan tupai. Haha. Peace no war~!
p/s – sabtu ngan ahad lepas sibuk buat kuih raya ^_^
Comments
Tapi bebudak skrg. Bahasa melayu advance..
Nak baca kadang2 pon susah.. Hehe
ciknyz - tq, jap lagi sy singgah :)
شافروني صفر - setuju!!
ubey - setuju! jgn asyik nk hukum je tnpa beri peluang..
kalau kelapa tu ditebuk oleh kerelaan kalapa dan tupai jadi duadua pon salah.
ada jugak kelapa yang ditebuk oleh tupai yang jahat! jadi adakah kelapa perlu disalahkan lagi?dunia!kata ikut suka je.
tapi kalau tupai yang ditebuk oleh kelapa.cenggane?haha.
macam macam boleh jadi kalau iman tak kuat.
pendamba mawar - tu la kan, kalau lelaki leh sorok2 lagi..