Tentang Petua Lama.

assalammualaikum & hi~

Sebagai seorang pempuan yang sejati, aku juga antara spesis yang suka pada kecantikan. Sape yang tak nak cantik kan? anak buah aku fatihah dengan dania yang belum masuk 4 tahun pun dah tau macam mana nak pakai blusher bagai, apatah lagi aku yang dah layak jadi isteri orang ni. Tetiba T_T


tapi aku ni taklah cantik mana pun. Tapi alhamdulillah kulit muka aku tak bermasalah sangat dan berat badan masih seimbang. Cuma masalah kesihatan kat dalam tu je aku tak sure.lagipun aku last buat medical cek up dengan x – ray, masa nak masuk uitm dulu. Huhu.


Okay. Antara petua lama yang aku amalkan dan aku akui berkesan adalah seperti dibawah. Ni petua untuk luaran je ye :)


  Guna kentang untuk kecutkan jerawat!
Ini memang PALING BERKESAN! Siyes! Aku dah amalkan sejak zaman sekolah lagi. Kalau ada jerawat nak tumbuh tu terus tempek dengan kentang. Kalau aku, tiga malam berturut – turut je buat pastu jerawat akan kejut serta – merta.

Caranya – hiris kentang senipis mungkin. kalau tebal nanti takut kentang tu tak lekat. lepas tu tempek pada jerawat. Jangan hiris besar sangat. Aku hiris kecik – kecik je. Sesuai dengan besar jerawat tu. tempek la masa korang dah duk depan laptop tu atau bawak tidur. insyaAllah berkesan!


 
-sumber gambar dari google-


Lembutkan kulit muka dengan tomato!
Gelatin yang ada pada tomato baik untuk kulit wajah dan boleh hilangkan parut jerawat. Kulit muka akan lembut. Kalau ko buat hari ni je lepas tu next year baru ko buat lagi, jangan haraplah ko dapat hasilnya.


Caranya – sapukan hirisan tomato pada wajah dan biarkan sehingga kering. Lepas tu cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga minggu sekali je. Tak payah tiap – tiap hari.






Hampas kelapa licinkan kulit badan!
Yang ni memang satu rumah aku tahu yang aku suka sangat gosok badan guna hampas kelapa. Lagi – lagi mak aku selalu buat kuih dengan nasi lemak jadi hampas kelapa memang sentiasa ada. Ko akan rasa bersih sangat – sangat kalau gosok sume badan dengan hampas kelapa berbanding dengan scrub yang kat pasaran tu. Aku dah amalkan ni dalam tempoh tiga tahun. Tiga tahun okay, bukan tiga hari. Jadi aku PUAS HATI sangat – sangat!


Caranya – ambik hampas kelapa dan gosok kat sume anggota badan ketika mandi. Biarkan beberapa minit sebelum bilas dengan air bersih. Buat dalam sebulan 3 kali.



Mandi daun untuk kesegaran berpanjangan!
Okay, yang ni aku akui ramai yang malas nak buat. aku pun masa stay kat semenanjung dulu takde buat langsung sebab susah nak cari daun sume tu tapi bila kat kuching ni belakang rumah mak ni je hampir sume daun ada. Kalau ko mandi daun ko akan rasa fresh sangat – sangat. Sungguh! Aku penah buat entri pasal mandi daun kat SINI.


Caranya – ambik daun serai wangi, daun jambu, daun sirih, daun pandan, daun kosong,dan sume daun yang sesuailah. Lepas tu rebus sampai mendidih.


Kalau cara aku, aku tak campurkan dulu air rebusan daun tu dengan air paip terus sebab aku akan wap kan muka dulu dengan air rebusan tu. caranya dengan letak air rebusan tadi dalam baldi lepas tu ambik tuala dan tutup kepala. Lepas tu halakan wajah pada wap air tadi. Buat selama 5 minit.


Dah wap muka barulah masukkan air paip supaya air rebusan tadi jadi suam dan boleh mandi macam biasa

 
 
 
Aku rasa tu jelah petua yang aku dah lihat sendiri hasilnya. Tapi macam aku cakap tadi, semua ni aku buat sejak tiga empat tahun lepas. Bukan instant punya petua. aku ni pun macam korang jugak. Pakai pencuci muka, toner sume tu. Cuma petua ni selingan daripada product kecantikan lain yang aku guna. Sekali sekala korang patutkan manjakan diri korang dengan bahan semula jadi.


Okaylah, aku rasa tu je kut nak citer. Kalau ada masa try lah ye petua lama ni. Bye!~


p/s – tapi ada jugak yang alah dengan petua macam ni. Macam adik ipar abang aku, kulit muka dia tak sesuai guna tomato. Tapi dia tukar dengan timun ^^

 

Comments

Namee Roslan said…
yay. terima kasih kathy ! sy nk cuba ubi tu. kalau untuk blackhead macam mana ye ? bintik2 hitam saya banyak sgt ah. :D
kurus said…
tkasih atas tips2 menarik nie dik ! :)
Yana Kama said…
pernah try yang hampas kelapa tu..umi saya ajar :D sometimes benda2 semulajadi sangat berguna kan dalam nak jaga kecantikan :D low cost but sangat efective
Elih Japahar said…
Nak try tomato tu lol :P bagus tips ni...lebih natural kan..tak ada bahan kimia
Unknown said…
kmk maok cuba nak no.2 ya,melembut muka k tomato..

makseh..bgs petua2 tok..*_*
Unknown said…
Nak try la petua-petua yang ada tu nanti.. thanks for sharing :)
[sutera kasih] said…
mok coba nok kentang ya, dpt ngecut jrwt hehe thanks dear kongsi petua!!
Kancil 8349 said…
wah...entri yang bagus...nak cuba nie...terima kasih
hani apandi said…
mok cuba nak kentang yaa.ne muka mek tok dah semakin ____ malu nak mdah huhu

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.