Resepi Begedil.
assalammualaikum & hi~
Tak nak mukadimah panjang – panjang, aku nak straight to the point jelah. Sape suka makan begedil sila take note resepi yang mudah ini ye. Boleh di makan bersama soto atau makan macam tu je. Ni memang resepi ORIGINAL dari aku. Tak de ambik dari mana – mana. Kalau sama maybe kebetulan je. Huhu.
Bahan – bahan :)
3 biji kentang (direbus lepas tu di lenyek – lenyek kan)
300gm daging kisar (disangai or dimasak dulu) – betul ke disangai? Suka hati aku je. Tapi kalau orang Sarawak cakap ‘diaruk’..masukkan daging tu dalam kuali pastu biar dia masak sendiri. tak yah letak minyak sume.
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili besar (dipotong kecik – kecik)
Sedikit daun sup (dipotong kecik – kecik jugak)
2 biji telur.
Garam secukup rasa.
Sedikit serbuk perasa/ajinomoto – eh, sape orang Sarawak rasanya memang guna ajinomoto ni. Tapi kita orang letak sikit je. Hujung sudu pun tak sampai ^^
Minyak untuk menggoreng.
Cara membuatnya :)
Campur sume bahan – bahan tadi iaitu kentang, daging, bawang, cili, daun sup dan garam. Gaul sebati. Lepas tu ko buat la bentuk begedil macam dalam gambar tu. jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak – agaklah ye. Buat sampai habis.
Dah siap tu pukul telur dalam mangkuk lain. panaskan minyak dalam kuali. Tapi jangan ko letak minyak banyak sangat. Jangan biarkan begedil tu lemas / tenggelam dalam minyak tu. lepas tu ko celup begedil yang dah dibentuk tadi dalam telur pastu goreng sampai garing.
Kalau minyak tu kurang lepas ko goreng begedil tu, ko tambahlah sikit lagi. Tapi ingat, jangan letak minyak banyak sangat. Begedil yang dah masak tu ko alaskan dulu dengan tisu supaya minyak terserap kat tisu tu. SIAP~!
Macam tu jelah nak buat dia. senang kan? kalau nak lagi sedap letak daging tu banyak – banyak. alang –alang dah buat tu kan biarlah puas makan kan? Okaylah, selamat mencuba (^_~)V
p/s – kuantiti bahan – bahan tertakluk kepada citarasa masing – masing. Pandai – pandailah korang adjust ye.
Comments
buat sendiri lebih bestkan
pueh hati ..
leh letak banyak2 dagingnya :)
baruk jak mak kmk sebut2 marek hehe
hehe terus bookmark^^