Percintaan Jarak Jauh a.k.a PJJ (Part 2)
assalammualaikum & hi~~!
Sabtu datang lagi. Terasa macam cepat sahaja masa berlari. Dahlah lari pecut 100m. lain kali larilah setempat, sekurang – kurangnya tak lah kita asyik rushing mengejar masa kan? Alasan! Huhu. Bak kata Dr.Mahathir Mohamad~
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga"
Memandangkan kita bercerita tentang masa, tetiba je aku teringat yang aku dah jalani PJJ ni selama 3 tahun lebih. Dah nak masuk 4 tahun dah pun. Ye, aku tahu ada lagi lebih lama dari tu tapi bagi aku 3 tahun lebih ni memang satu tempoh masa yang panjang.
Eh, bukan senang tau nak bertahan lama macam ni. Walaupun dia duduk kat Melaka, aku kat Kuching tapi jenuh jugak kalau nak berenang merentasi Laut China Selatan tu. Tapi betul ke laut tu yang pisahkan Sarawak dengan Semenanjung? Aku ni subject geografi dulu setakat pass je. Adeh!
Tapi kan, bila dah PJJ macam ni banyak benda yang aku belajar. Belajar macam mana nak setia. Belajar macam mana nak percaya pada dia. Belajar macam mana nak control jeles yang tak tentu pasal. Belajar macam mana nak pertahankan hubungan yang ada. Kiranya sepanjang tempoh ni, memang tempoh pembelajaran. Hehe.
Kadang – kadang kalau merajuk tu terpaksa pujuk diri sendiri. Kalau marah tu terpaksa cool kan diri sendiri. Yelah, kalau dekat senang jugak jumpa kan? Senang jugak sesi pujuk memujuk tu. Haha. Tapi bila jauh macam ni, pandai – pandai sendirilah. Tapi alhamdulillah. Sejak PJJ ni tak pernahlah gaduh sampai tak bertelefon atau sms dalam seminggu. Rasanya dalam sehari tu pun tak pernah. Tak boleh tau kalau tak tau khabar dia dalam tempoh sehari tu. Rindu! Haha. Mengada betul~!
Aku rasa sape yang PJJ tu mungkin faham kut. Eleh, yang tak PJJ pun lebih kurang jugak penangannnya kan? Alam bercinta biasalah. Gitu – gitu jugak. Tapi PJJ ni high risk sikit aku rasa. Sikit jela. Bukan apa, dia duduk sebelah rumah pun lum tentu setia. Apatah lagi jauh beribu – ribu batu. Eh, jap. Suami isteri yang duduk sebumbung pun boleh buat hal kan? Hurmm.
Tapi ada part yang best sangat bila PJJ ni. Part bila nak jumpa. Yelah, jumpa setahun berapa kali je kan? Bila nak jumpa tu macam 1st date you! Malu. Berdebar – debar. Semua ada. Lagi – lagi macam aku dan dia, kalau jumpa mesti port utama adalah airport. Jadi dari jauh kepala dah tertinjau – tinjau nak cari kelibat dia. Bila nampak dia terus dalam hati ada taman bunga. Bukan setakat bunga ros, bunga raya sume tu je tapi siap ada bunga api lagi. Kehkehkeh.
Cuma~~~part yang paling tak best bila dia atau aku kena balik ke tempat masing – masing. Masa tu macam anti je dengan airport. Terus terfikir, kalaulah ada jambatan yang hubungkan Sarawak dengan Semenanjung kan bagus. Huhu. Sampai macam tu sekali aku fikir. Tapi tak pelah, kalau ada jodoh mesti jumpa lagi kan? Word nak sedapkan hati sendiri. Muahaha.
Err..sape yang ambik PJJ kat sini? Korang macam ne? Okay tak? Ce citer ^^
p/s – kadang - kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana insan kesayangan kita..rupa - rupanya ALLAH nak hadiahkan kita rindu yang berpanjangan.. (ayat dari PJJ - part 1 SINI)
Comments
p/s: rindu itu normal, yg tak rindu tu yg perlu dirisaukan...
Akak kawin pun masih PJJ, OK jer, Alhamdulillah!
huhu. sweet nya baca tentang akak dan dia.. hehe..
dah lama x jumpe eh. setahun bape kali je ehh dapat jumpe dia.. Akak sabar eh.. semoga dipanjang jodoh akak berdua .. amin.