Nak Tanya Pasal Contact Lenses.

assalammualaikum & hi~ 


sape yang PENAH atau SEDANG pakai kontek lens silalah ambik perhatian sikit pada entri ni ye. sebab aku amat memerlukan jasa baik korang untuk advice aku pasal benda ni. benda apa? benda yang bernama kontek lens ni le -.-' 


aku ni rabun jauh. pakai spectacles since umo aku 15 tahun lagi. jadi niat nak pakai kontek lens ni memang dah lama terpendam nun jauh di dasar hati. TAPI..aku takut nak pakai! aku pakai eyeliner pun dah boleh mengalir air mata apatah lagi kalau pakai kontek lens, mahu banjir rumah. huhu. 


cuma akhir  akhir ni aku rasa aku nak try la pakai. sebab aku ni jenis tak suka pakai spectacles for the long day. aku pakai bila berdepan dengan lappy, baca buku, or masa dalam class dulu. kalau aku outing jangan kecik atilah kalau aku tak tegur korang. sebab aku tak akan pakai spectacles jadi nisbah tak nampak orang tu amatlah tinggi. dan sebab tu jugak ramai yang cakap aku sombong. adeh!


soalan yang aku nak tanya lepas mukadimah kemain panjang adalah seperti berikut *macam jawab soalan PMR je* 


1) best tak pakai kontek lens ni? 
2) tak gatal - gatal ke mata kalau pakai benda alah tu?
3) brand apa yang best erk? 
4) susah tak nak pasang?


tu jelah soalannya kut. kalau korang rasa ada info yang menarik silalah bagi tau ye.. upahnye -- nanti aku pos kek lapis dijamin halal kat korang tapi pos dalam mimpi jelah..hehe.



nak mata macam ni.gambar dari google.


p/s - nanti bila nak naek pelamin tak kan nak pakai spectacles kan? lalala~

Comments

Mizz ErMa said…
b4 nih sy pon tingin gak nak pakai n penah la cuba pakai tapi failed! hahaha better awk google je, misti jumpa sume soklan td..
Anonymous said…
meh2 cik ceria jawab soalan tu..hehe


1. bagi cik ceria best la pakai lens nie
2. alhamdulillah sepanjang cik ceria pakai takda gatal2 mata tu. pakai mmg xda rasa pape.
3. kalo brand,cik ceria tak pasti sbb cik ceria suka plh ikut warna..hehe
4. first time pakai mmg mcm susah..t lama2 insyaAllah takda masalah nye ^_^
YattAkasah said…
best..rasa muke macam doly2 je..lebih yakin kot dari pkai spek..hhee

kdang2 gatal la..tpi ikut mata..klu jenis mata snsitif tu sush sket la..

brand tu..snarnye ikut mata kita kot..klu ok ok la..klu sye suke yg beli kat kedai dari beli on9 sbb at kedai tu rasa lebeh selesa..

seng je.kdang2 sush gk..mcm nk nges je..hehehe
Namee Roslan said…
hmm sy suka pakai lens juga tapi yg xde power pun. hehe. sekadar mengada nk cantik je la. tp sy nasihatkan kathy beli yg soft lense tau. jgn beli yg hard lense...sakit mataa macam nk tercabut nnti :)
syaz rini said…
1) best tak pakai kontek lens ni?
- nak cakap best tu boleh la.. xde la best sangat.. biasa je bagi orang-orang yang malas pakai spec macam kita ni...hehe

2) tak gatal - gatal ke mata kalau pakai benda alah tu?
- gatal2?? biasa la kalau pakai contact lens 2 dalam jangka masa yang panjang rasa la kegatalan tue.. tapi kena pandai jaga la..hee..

3) brand apa yang best erk?
- saya pakai acuvue n kadang2 pakai v-soft.. dua2 ni sedap pkai la bagi saya..huhu..

4) susah tak nak pasang?
- kalau starting nak pakai memang susah la.. ambil masa dalam 2 minggu untuk mata kita nak adapt..huu tapi dah lama2 memang sng la.. pakai tak tengok cermin gitew.hee.
Puan Eka said…
eka pun pakai lenses...
tapi pakai yg clear punya..
harga rm 20.00 sebulan

bagus untuk yg baru mula nak pakai lenses...eak mula2 beli yg colour punya,tapi macam berat tak selesa..

pakai lenses okey sebenarnya,cuma agak leceh sebab kena jaga bersih2,kena cuci bersih2,tangan bersih..

sebelum pakai,elok tgok kat you tube pasal cara masukkan lenses,cara nak basuh,cara nak simpan..

kalau eka,brand paling okey jenama colour-vue..

duta dia nurul wahab..

memang best! selesa sangat...harga bawah seratos..cuma jgn beli yg murah punya takut effect apa2 kat mata...

selamat mencuba..hehe
Elih Japahar said…
Ramai kawan2 pakai contact lens ni, dorang ckp lebih mudah drpd guna spek..tapi kena rajin lah sbb kena pasang dan tanggal kena teliti..ops! sy tak rabun haaha :D apa-apa pun try guna dulu baru tau kan..
kathy said…
terima kasih sume ^^ makin semangat nak try ni..
Unknown said…
tak pernah pakai. ehheeh
NADIA RAJAMI said…
ok jak mek pakey.. stakat tok la..:).. mula2 ng susah, terkial2 jak nak makey, tp cdak jwl cntc lens ya rajin ngajar mek, nktk pndey dah.. hehe
Nieda said…
x ada pengalaman. Tapi cantik mata boleh tukar2 warna.
Salwa said…
I pakai contact lens everyday. (pakai cermin mata je tak best ar nak bergaya kan..hehe) I pun rabun jauh. Takde masalah lah bila pakai. Setakat ni I pakai Acuvue Clear ok ar. Tak rase sangat contact lens tu kat mate. I pakai dari pagi sampai petang. Balik rumah tanggal simpan dalam bekas (letak solution). Kadang-kadang tu pakai sampai malam. Yang pastinya kena bukak before tido malam, kalau tak pening kepala, sebab bila kita tutup mata lame-lame (a.k.a tido lama), moisture contact lens tu akan kering. Kalau tido sekejap mase siang tu tak yah bukak pun takpe. No problemo.hehe. Panjang lak komen, excited nak share pengalaman. Btw, harge usually RM75 tul 3 pasaang (3 bulan pakai), beli kat Focus Point. ;)
C!K NoRa said…
kathy thanks sgt buat entri ni! hehe.. sebabnya saye pun ada masalah sama macam kathy jugak. Pakai spek since darjah 4. Tak pernah tanggal sebab power tinggi. Nak pakai lens takut sgt2. huhu. tp nak try jugak pakai lens. hee... tp skrg dah lebih semangat nk try pakai lens! ;P
CIK JATT said…
sis tak pakai contact lens. mata rabun jauh gak, kadang2 jer pakai spek. nak pakai lens takut sebab mata sis sepet, macam susah jer nak letak
ejulz said…
dah beli riya k maen futsal.. tp x pandei pakei.. haHa..

http://kampung-kameq.blogspot.com/2011/03/softlens.html
Unknown said…
1) ada masa best ada masa menyusahkan dan tak selesa bila terpaksa pakai lebih dari 8 jam.

2) mula2 pakai memang rasa ada sesuatu dalam mata,lama2 kena biasakan juga.kalau betul nak pakai :D

3) mengikut individu.
ada orang pakai brand terkenal pon kalau mata sensitif tak selesa juga. :D

4) susah kalau dalam keadaan kelam kabut atau nak cepat.So,pakai kena dalam keadaan yang tenaaanggg.hehhhe!
labulabi said…
entahlah camne ndak ka rasa make kontek lens.spek mata pun x pernah pake.jadi x pat la nak jawab soalan kitak ya tek.hehe.
Yana Kama said…
tak pernah pakai..tingin jugak bila tengok orang lain pakai tapi takde keberanian lagi mau try..
SiS NaD said…
Salam Kathy...

Sis pun rabun jauh... tapi jarang3 sangat pakai cermin mata... Lebih rela tak pakai sebab takut mata nampak sembab... Eh, terpanjang pulak mukadimahnya...

Sebenarnya Sis tak tahu pun apa rasa pakai contact lense sebab Sis tak pernah pakai dan tak pernah terfikir pun nak pakai.... (^_____^)V
Unknown said…
Brpa harga contact lens untk rabun jauh erk? Rsa mcm teringin lak nk pakai dh rimas la pakai spec mata nie

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.