Blog Kedua | Karya Kathy Tuah.

assalammualaikum & hi~ 


dengan lafaz bismillah..aku nak mengisytiharkan kewujudan blog kedua ku. iaitu KARYA KATHY TUAH. mungkin korang dah boleh agak isi kandungan blog tu bila ada perkataan KARYA kat situ kan? bajet macam pengiat seni tanah air je. huhu. tapi aku tulis biasa - biasa je pun. tak ada seni sangat pun. bahasa pun agak tunggang-langgang. walaupun dulu aku aliran sastera :')


untuk ke KARYA KATHY TUAH klik SINI.

pembukaan blog ini hanya untuk berkongsi karya - karya aku sama ada cerpen, novel atau puisi aku yang tak seberapa. maybe ada pantun jugak. huhu. lagi - lagi bila ada respon yang positif pada NOVEL Cahaya Qaseh yang sudah berada di episod ke 16 di penulisan.2u. jadi rasanya aku perlu bukak blog ni supaya aku tak campur aduk kan dengan official blog ni. official blog?ceh! 


jadi, pada yang suka baca novel ke apa, bolehlah singgah kat blog tu. tak follow pun tak apa .korang support dari jauh pun dah cukup. buat masa ni blog tu masih belum direnovate sepenuhnya. jadi mungkin tak berapa kool. tapi aku rasa aku ni memang sukahati dihari raya je buat blog. menarik ke tak, belakang kira. sebab tu kut orang jarang mai sini. eh. menyimpang dah ni -.-'


buat masa ni hanya NOVEL Cahaya Qaseh sedang berjalan di blog tu. esok - esok beberapa karya lain akan menyusul. insyaAllah. aku ni banyak wei simpan cerpen-cerpen, puisi sume tu. since aku tingkatan 2. jadi biarlah aku abadikan karya aku yang tak seberapa tu kat blog tu. nanti - nanti ada jugak buah kenangan kalau aku dah tak ada kat dunia ni. sobsob.


okaylah, selamat berkunjung ke KARYA KATHY TUAH (^_~)V


p/s - aku menulis untuk kepuasan peribadi.

Comments

YattAkasah said…
nak usya2 la pasni..he
labulabi said…
tahniah.ne tauk kelak leh jadi penulis novel.hehe.kmk sik mampu nak bukak banyak2.cgek tok pun sik tekaber nak menten.hihi.
Elih Japahar said…
Wow! dah ada blog kedua pulak :) nanti cek k..
ejulz said…
waaaa.. dah pandei bekarya knk tok eh.. heHe

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.