Sebelum Dan Selepas Putus Cinta Di FB.
assalammualaikum & hi~
~miss google~
Hari ni macam nak story sikit pasal kisah cinta di FB. Ni berkaitan dengan sebelum dan selepas putus cinta. Kan FB tu tempat meluahkan rasa? Menzahirkan apa yang terpendam? Sehingga yang baca pun boleh pitam -.-'
Status FB.
Kat wall FB kita macam – macam je status orang yang kita bacakan? Ada yang memberi nasihat *boleh terima* , ada yang memberi teguran *juga boleh diterima* dan tak kurang jugak yang berkasih – sayang.
“ala, macam kau tu tak pernah berkasih sayang kat fb”
Ya, aku akui memang aku pun berkasih sayang di FB tapi buat masa ni aku masih lagi boleh kawal setiap status aku dekat FB. Tapi aku bukan nak highlight kat sini pasal status jiwang – jiwang ke apa. Tapi aku nak tekankan status FB sebelum dan selepas seseorang tu putus cinta. Err..TAK SEMUA macam ni okay!
Sebelum break – STATUS – “ hepi gilew sbb dpt jumpe dier. Awk2, kitew syg sgt2 kt awk taw. Awk jgn nakal2 ye hubby..”
Selepas break – STATUS – “kenapalah aku jumpa lelaki macam dia tu! dasar jantan tak guna! Sh*t, go 2 he*l lelaki s*al..”
Tengok.. masa sebelum break ayat nak manja tahap gaban je kan? tapi bila dah break kemain lagi kau maki hamun dia. ermm.
Relationship.
Mula – mula sign up FB dulu suka jugak tengok relationship kawan – kawan. Bukan apa, kat FB ni kita akan jumpa kawan yang dah lama terpisah. Ececeh. Jadi naklah tau jugak perkembangan dia kan? tapi lately aku dah malas nak ambik tau pasal relationship ke apa. Sebab ramai yang letak ikut suka dia je. Memandangkan entri kali ni pasal sebelum dan selepas putus cintakan? Jadi aku beri contoh macam kat bawah ni.
Sebelum break – married to abu *bukan nama sebenar*
Tak ada nikah tak ada apa tiba – tiba married! Kalau kau betul – betul dah kawin tak apa jugak kan?
Selepas break – single! Eh, kalau dah married bukan jadi widowed ke??
Tapi tu lah kan. cerita alam maya ni susah nak cakap. Nak ulas panjang – panjang pun nanti orang blame kita balik. Jadi aku berhenti dulu takat ni. Part 2 akan menyusul tidak lama lagi. Hehehe.
p/s – kat atas ni bukan ditujukan pada pempuan je tau, kaum adam pun sila ambik perhatian! Huhuhu~
Comments
masa bercinta : status :LOVE U HUBBY "even belum kawen pun"
putus cinta : status : celaka kau babi!! "mak aii ayat..hubby jd bab!"
yalah lumrah dunia dear
ehm, before and after patutnya jangan jadi too emosional and excited about it. sebab selagi kita tak kahwin..kita pun tak tahu jodoh kita. plus, fb is a social web yang sangat wide. just imagine kita tulis macam tu 5 ribu orang baca just if kawan kita dah cecah 5 ribu. :)
bahaya. benda peribadi sebenarnya tak patut kita kongsi kan sangat kan :)
saya pun dah insaf dah. sejak ada blog ni. saya abaikan fb :P sbb nk avoid dr post benda yang annoyed.
Kancil tag Kathy dalam satu segmen...kalau sudi join sekali dengan kancil...
http://kancil8349.blogspot.com/2011/08/segmen-phat-corner-segmen-di-mana-anda.html