Singkatan Perkataan Di Blog. Haish!

assalammualaikum & hi~

~miss google~

“aq xtw nk tls pe..sbnqnya aq tgh dgq lg ni..ps2 on9 smbl mkn jjn..sdp..ops, kntoi lk xpose..hik3x”

Mesti ada yang faham ayat kat atas ni kan? aku pun faham jugak setelah aku baca 2 3 kali. Tapi ‘kreatif’ kan orang yang taip ayat macam kat atas ni? Tepuk tangan sikit. Tap tap tap! Eh. Macam tu ke bunyi orang tepuk tangan?  (~_~)

Yela mana tak kreatifnya kalau AKU jadi AQ. Tapi takpe. Itu aku boleh lagi terima tapi part PS2 tu aku dah terbayang – bayang ps2 orang main game tu. adeh! Ke aku yang terlalu advance dalam memahami ayat – ayat macam ni? lepas tu baru aku faham ps2 tu maksudnya pastu. Ermm. 

Okay, aku tau ramai yang dah sibuk duk cakap benda ni. jadi aku pun nak meramaikan lagi bilangan yang dah sedia ada.heh heh heh. Saja nak bagi pendapat tentang gejala yang tak berapa best dalam dunia berblog ni. haih! 

Bagi aku cara penulisan kita boleh menarik mood orang untuk membaca. Kalau kau buat entri yang best sekali pun tapi orang tak faham apa yang kau tulis so mesej yang kau nak sampai sebenarnya tak sampai. Entah – entah pending. Tak bestlah macam tu kan? 

Tak pun orang kena ulang banyak kali baca baru faham tapi kau rasa dia orang nak ke ulang baca dua tiga kali? Yang taip tak guna short form macam blog aku ni belum tentu orang berminat nak baca. jadi tolong ubah penulisan tu. Kalau setakat YANG kepada YG boleh lagi diterimakan? 

teguran ni bukan nak 'mengondem' sapa - sapa. tapi untuk kemakmuran dunia blog kita. ceh, ayat patriotik nih. okay, salam kemerdekaan + salam ramadhan. *tetiba -.-'

p/s – kalau SMS aku memang guna short form..

Comments

Zyla said…
assalammualaikum... btol2.. zyla sokong akak.. baru2 ni pun zyla ada jumpa banyak entri2 blogger lagi baru dr zyla.. tajuk entri bukan main menarik lagi.. tapi satu apa pun yang diorg tulis zyla tak faham.. hurm... sbb tu sebelu nak buat blog dulu zyla stdy dulu dari tutorial mcm mana nak update entri bukan main hentam je
kathy said…
waalaikumussalam..tu la, skrg ni banyak blogger baru muncul..dan idea baru pun bnyk kita dpt dr mereka tapi cara penulisan tu antara punca kita x dpt nak tangkap apa yg mereka cuba smpaikan..erm, syg kan?
Cikrosecute said…
Tak suka la...dia guna ayat cam tue...2, 3 kali ulang ayat sama untuk memahaminya....ayat dalam penulisan tak macam tue....Betul Tak???
kathy said…
tu la pasal..dah alang2 menaip tu biar menaip betul2 :')
Elih Japahar said…
setuju..! lebih bagus baca entry skema drpd ayat singkatan yg memeningkan...tau la blog die, tapi tak tau ke orang lain nak baca?..:P
kathy said…
hahaha..tau xpe!

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.