Rukun Islam Dan Rukun Negara. Sila Jangan Keliru.
assalammualaikum & hi~
dulu masa kat sekolah, time perhimpunan mesti ada baca ikrar. Selalunya para pengawas lah yang baca. lepas tu kita ni ikut je. Sambil angkat tangan kanan. Aku ni pun ada masanya penah jugak berangan yang aku baca ikrar kat depan tu. mesti glamour kan? Kecik – kecik lagi dah tau nak glamour. Hampas kelapa betul -.-' bukannya ingat nak jadi budak pandai. Tapi tu cerita pasal sekolah rendah. Masa tu pengisian rohani dan jasmani dalam diri tak cukup lagi. hehehe.
Tapi tak apa, aku bukanlah nak cerita pasal angan – angan aku masa kecik. Sebab aku nak cerita ni ha pasal RUKUN ISLAM DAN RUKUN NEGARA. Anak – anak semua! sila ambik perhatian ye. Bukan apa, aku ada cerita di sebalik rukun islam dan rukun negara ni.
Dulu,masa aku berada di semester 5. Aku ada ambik paper CTU. Masa tu kelas petang. Aku duduk meja kedua dari depan. pelajar lelaki macam biasa port diaorang mestilah kat belakang kan? kalau duduk depan nanti confirm kau dikatakan budak skema. Tak caye try lah. Huhuhu. nak dijadikan cerita perlajaran hari tu pasal rukun islam. Aku ulangi rukun islam.
Ustaz yang mengajar tu mulalah tanya rukun islam dekat kita orang. Masa tu mulut aku dah terkumat kamit mengingat balik rukun islam. Serius wei, sometime kita lupa benda – benda penting macam ni bila dalam keadaan darurat. Yelah tak ada ribut tak ada tsunami tetiba je tanya pasal rukun islam. Tak pasal – pasal kang kau jawab rukun iman kan naya?
Jadi ustaz pun tanya pada pelajar yang dia berkenan nak tanya. Sorang demi sorang dapat jawab sehingga rukun islam yang ke4 iaitu membayar zakat. Dan bila yang terakhir ni ustaz mula duk usha pelajar lelaki kat belakang. Aku dah mula menarik nafas lega. Sebab ustaz tak tanya aku. Hihihi. Jadi ustaz pun tanya.
“okay, apa dia rukun islam yang kelima?” tanya ustaz sambil tersenyum kepada seorang pelajar lelaki tapi aku tak ingat nama dia sebab time tu kita orang combine dengan kelas lain. . pelajar lelaki yang aku tak ingat nama dia ni terus bangun dan dengan konfidennya dia menjawab.
“KESOPANAN DAN KESUSILAAN”.
Masa tu gamat suasana kelas dalam sekitar 2 ke 3 minit dengan jawapan dia. adeh! Aku gelak macam nak terguling – guling je masa tu. hahahaha. Itukan rukun negara cik abang oii? Mengerjakan haji bagi yang mampu baru lah betul kan? tapi tak apa, sekurang – kurangnya kita dapat belajar sesuatu iaitu berfikir dulu sebelum berkata - kata. betul kan? okaylah, bye!
p/s - tapi semua orang penah buat silap kan? (^_^)V
Comments
lirik lagi negara ku pun ada yg lupak aihhh pernah terjadi ms kmk study dolok..selalu kt berlagu beramai2 ingat..tp bila dh kenak sorang2..hampeh!!lirik pun boleh salah