Pantang Larang Dulu - Dulu.
assalammualaikum & hi~
Motif entri : nak imbas kembali pantang larang yang nenek & mak aku penah cakap.
Aku hanya ada seorang nenek. Sebelah mak. Sebelah bapak memang lama dah tak ada. Tapi walaupun ada sorang nenek tapi pantang larang dia boleh tahan jugak hebatnya. Dicampur tambah tolak lagi daripada mak. Ntah mana mak dapat aku pun tak tau. Mungkin dari mak mertua dia merangkap mak kepada bapak. Mungkin dari teman seperjuangannya atau pun dari nenek mak. Eerr..moyang aku lah kut :')
Tapi, bak kata orang sekarang, zaman dah berubah. Pantang larang bagai ni memang tak diendahkan lagi. Termasuk aku. Bukan apa, kadang – kadang pantang larang ntah apa – apa. Lagipun nenek dengan mak aku dah advanced sekarang, dia orang tak heran dah sume tu. Yelah, fb dengan blog pun dia orang dah ada. Okay, itu tipu -.-'
Berbalik kepada topik asal. Meh baca pantang larang versi keluarga aku. Aku rasa banyak yang sama dengan pantang larang yang korang biasa dengar. Tapi tak salah aku buat siaran ulangan kan? Lagipun best jugak tau benda – benda cenggini (^_~)V
Pelangi VS Jari Kudung.
Ni aku sure confirm pasti korang dah biasa dengar kan? Masa kecik – kecik dulu memang takut nak tunjuk pelangi guna jari. Takut jari tu kudung. Kalau nak tunjuk jugak ko kena juihkan bibir dan halakan pada pelangi tu. Yang peliknya bibir tak kudung lak ye? Eh,jap. Ada ke bibir kudung? Errr..
"haip! jari tu gatal je nak tunjuk2 orang ye? gigit kang baru tau" - pelangi 2011.
Okay, lagi 1 pasal pelangi ni. Nenek aku selalu cakap cenggini kalau nampak je pelangi.
“jangan main kat luar, tak nampak ‘anak raja’ tengah mandi tu?”
Kiranya bila ada pelangi tu menandakan ‘anak raja’ tengah mandi. Anak raja apa? Manalah aku tau! Anak rajagopal kut. Huhu~
Pendapat aku = aku rasa diaorang buat pantang larang cenggini sebab tak bagi kita main kat luar time ada pelangi. Korang pun tau kan pelangi muncul time hujan renyai – renyai. Kalau dah ko main dalam hujan nanti demam. Kalau dah demam diaorang jugak yang susah.
Payung VS Ular.
Berpayung dalam rumah pun tak boleh. Alasannya, nanti ular masuk dalam rumah. Ular beb! Kenapa tak cakap kucing ke masuk. Ni tak, nak ular jugak. Ermm. Aku rasa ular ni teruja kut tengok orang berpayung dalam rumah, sebab tu dia sibuk nak datang melawat.
"mak atok cakap tak leh berpayung dalam umah, so mari kita berpayung luar rumah" - iena & suraya 2011
Pendapat aku = pantang larang ni dibuat mungkin sebab nampak tak elok kut berpayung dalam rumah. Yelah, dah siap – siap ada bumbung, ko masih sibuk lagi nak berpayung! Memang melampaulah kan? Kalau payung cantik tak pe jugak. Ni payung dah 'rempek’ .Buat sakit mata je.
Meniarap VS Buaya.
Dulu masa kecik – kecik kita orang adik beradik suka sangat berlogok tengah rumah atau ruang tamu utama. Sambil main tu sempat lagilah berbaring. Kadang meniarap. Tang ni lah mak aku akan sound.
“jangan meniarap tengah rumah, nanti kalau burung helang lalu atas bumbung tu tak pasal – pasal ada yang jadi buaya kang..”
Lebih kurang cenggitu lah kata – kata mak. Cuma dialek dia dalam bahasa Melayu Sarawak. Hihi~
"yang korang meniarap tengah rumah buat pe? korang masuk bilik, pastu meniarap sepuas2nya. macam saye" dania 2011.
So, korang jangan berani meniarap tengah rumah tau. Sebab kalau time korang duk asyik meniarap tu, tiba – tiba ada burung helang sesat lalu atas bumbung dan betul – betul atas ko, pastu jangan pelik bila bentuk badan ko bertukar. Kalau jadi buaya darat okay jugak bhai! Tapi ni buaya tembaga. Dah boleh kawan dengan ‘bujang senang’. Tak ke haru T_T
Pendapat aku = mungkin sebab dalam rumah dah ada bilik tapi ko masih lagi terhegeh – hegeh meniarap tengah rumah, apa kes?? Kalau nak meniarap sekali pun buatlah dalam bilik sebab tak ada siapa yang tengok. Lagi – lagi anak dara tu, macam kurang manis dan kurang masin je meniarap tengah rumah. Tak sesuai okay!
Sebenarnya banyak lagi nak share ni tapi.. aku dah ngantuk, nak tido. So, baik aku berhenti takat ni dulu. Nanti aku sambung balik ye :)
p/s – Selamat malam dan Selamat Hari Malaysia ^^
Comments
suemuncet .buat contest lagi..
sila join kalau berminat..
http://suemuncet.blogspot.com/2011/09/contest-bergaya-dengan-baju-rayaku-dari.html
bui - nang bena..cdak x madah direct bah owh..huhu..
dilaz - tau xpe :)
orang tua suka ckap bahasa berkias,ckp punya ada sbb sndri...tp setengah plak percaya bulat2..hee
namee - sy pun penah dgr mcm tu tp x tau betul ke tak..hehe ^^