Cerita Hantu Popular Masa Kat U.
assalammualaikum & hi~
dulu aku study kat uitm,lendu melaka. Tapi 1 sem je aku bertahan kat sana sebab…sebab..sebab kat sana macam – macam je citer hantu aku dengar. Jadi untuk kebaikan sendiri, aku pun pindah ke uitm,kampus bandar melaka pada semester kedua! Pehh!! Nampak sangat menipunya. Sedangkan batch kita orang memang DIPINDAHKAN pun oleh pihak u pun. bukan suka – suka nak pindah, tahu!
Berbalik pada citer hantu tadi. Masa kat lendu, aku duduk kat blog F. F stand for Firdaus! Lokasi atas bukit berdepan dengan hostel budak lelaki. Eh, pelu ke aku nak mention sume ni? Okay, abaikan. Jadi, masa lepak – lepak dengan kekawan tu. mulalah bergosip. Sampailah masuk citer hantu.
Memandangkan aku tak penah duk asrama sejak sekolah lagi jadi KEexcitedTAN aku untuk dengar citer diaorang tak payah cakaplah kan. Tapi betul ke tak aku tak taulah ye. Okay, antara citer hantu yang aku ingat :
Hantu berus gigi.
Kisahnya ada sorang student ni gosok gigi. Kat sebelah dia ada sorang student yang turut sama gosok gigi. Pas dia gosok gigi terus angkat muka tengok cermin. Dandan tu jugak dia nampak student kat sebelah dia tadi gosok gigi sampai berdarah – darah!.. dia gosok gigi guna pisau. Errrk..
Hantu pak guard.
Bilik kat tingkat dua. Masa syok – syok study tengah malam ada pak guard ketok cermin tingkap. Siap cakap lagi ‘pi lah tido, dah lewat dah ni’.. bayangkan, bilik kat tingkat dua tapi pak guard tu leh ketok tingkap~
Hantu nenek dan cucu.
Hantu nenek dan cucu ni suka lepak atas almari sambil juntai kaki. Sapa yang duk kat hostel tu sila tengok atas almari anda sekarang!
Hantu jadian.
Err.. aku tak tau nama sebenar hantu ni. Aku cakap hantu jadian sebab aku penah dengar pasal hantu ni selalu jadi kawan kita. Ada satu citer tu ada sorang student ni study tengah malam dengan kawan dia. Tiba – tiba dia nak kencing. Pastu dia ajaklah kawan dia pi teman. Pas kencing terus balik bilik. Bila masuk bilik tengok kawan dia tadi kemain steady lagi tidur. Jadi siapa yang teman dia pi toilet tadi?
Hantu public phone.
Sorang student ni ngah bergayut kat public phone. Kat belakang dia ada sorang student tunggu. Nak guna public phone jugak. Tiba – tiba duit syiling dia jatuh. Dia pun tunduk lah ambik. Masa dia tunduk tu dia nampak student kat belakang dia tadi tak ada kaki, maksudnya tergantung!
Okaylah, tu je kut yang aku ingat. Tu pun sipi – sipi je aku ingat. Nak citer detail aku takut salah pulak. Biasalahkan citer dari mulut ke mulut.
p/s – korang penah dengar tak citer macam ni?
Comments
Syok wooo...
wuming - errr..sy suka dengar je..kalau tgk movie ke apa, sy x minat T_T
labulabi - benakah?hahahaha..mcm jak owh..eee..mun pasal antu nang takut bah..agik2 mlm jemat, tang betul jak asuk nyalak..pa gik..meremang bulu..hehehe..
MK - hantu tu pun penah jugak dengar..mcm2 hantu je ada dah kan? huhu..
salam kenal...terus follow sini...
wahida - kan? hantu pun popular sebenarnya..hehehe..salam kenal jugak & tq sbb folo cni :')
akak risau x tidur mlm jeee ekekke :)