Kenangan Buku Autograph (Buku Biodata)


assalammualaikum & hi~ 


 ~sumber ayu eh bukan sumber gambar SINI~
 
Aku kadang – kadang suka tanya dengan anak buah aku apa yang dia salu buat masa kat sekolah selain daripada belaja. Saja nak tau kan? mana tau dia pun macam aku kecik – kecik dulu. Suka main kejar – kejar masa rehat. Hahaha. Sengal je kalau ingat balik main kejar – kejar dengan budak laki. tu dulu masa belum tau erti malu -.-'

Dan tiba – tiba aku teringat pulak pasal buku biodata. Tak pun kita orang panggil buku autograph. Korang tau tak? Ala buku yang buat tuk tulis nama, hobi, cita – cita. Pastu mintak kekawan lain isi. Zaman aku kecik ada lagi, tak tau la zaman korang. 

Jadi timbul perbualan antara aku dengan anak buah aku.

“masa kat sekolah takde ke kawan – kawan ajak tukar buku autograph?” tanyaku ingin tau.
“xde pun. Cikgu suh buat buku scrap adalah.”
“oh,ok!” 

Yelahkan zaman dah berubah. Tapi aku bersyukur sangat sebab dilahirkan zaman dahulu kala. Macam lahir zaman hang tuah je bunyinya kan? nak dijadikan cerita, masa aku sekolah rendah dulu aku dengan kekawan boleh dikatakan setiap tahun akan buat buku autograph. Aku salu guna buku sekolah je. Tak mampu nak beli yang siap ada katon – katon tu. Pen pun aku rembat pen merah, biru dengan hitam yang kakak dan abang aku punya. Masa sekolah rendah mana ada tulis guna pen kan? 

jadi, disinilah bermulanya sebuah biodata. (anggap korang baca bioadata ni masa aku umo 8 tahun)

Nama : Kathy Binti Tuah. *agak – agak apa nama penuh aku erk? ce teka ce teka |sambil angkat kening|
Umur : 8 tahun
Cita – cita : cikgu * dari kecik sampai sekarang cita – cita ni je tak penah berubah tapi still tak dapat dicapai..ermm*
Hobi : membaca. *tang ni memang tak boleh blah, ntah celah mana dalam diri aku ni ada hobi cenggitu pun aku tak tau. ni mesti pengaruh rakan sebaya ni. dia tulis suka membaca aku pun suka tulis suka membaca.Nasib baik aku tak tulis hobi : updated blog, facebookin' T_T
Makanan dan minuman kegemaran : asalkan halal *cis! Jawapan nak bajet baik je kan?cuba tanya sekarang link segala fast food aku bagi terus @_@
Kenangan manis : banyak.
Kenangan pahit : rahsia. *hahaha, rahsia pulak* 

Tapi tu la antara yang terkandung dalam buku biodata tu. ni belum masuk artis kegemaran, lagu kegemaran. Serba satu macamlah. Kalau nak cantik tu siap hias – hias lagi. Buat corak bagai. Nak bagi cantik katakan? Selalunya ni keje pempuan lah kan? hahaha. Sape yang penah buat, sila ngaku sekarang! 

Cuma aku tak tau mana dah buku – buku tu sume. Tapi takpe, tak ada buku pun insyaAllah aku masih ingat lagi kenangan masa dulu – dulu. Masa hingus masih meleleh, masa pakai riben ikat dua, masa kene buli terus nanges. Dan masa – masa yang dah berlalu. Walaupun samar – samar tapi masih boleh recall. 

p/s – "tapi kawan ada tanya pasal fb," beritahu anak buah lagi. 


Comments

senyumSOYA said…
heheh..masih simpan buku2 tu semua..
tiap kali baca mesti tergelak kan.. ^^"

comel!!
zaman dh berubah..tambh2 time lps UPSR, PMR kn?? berderet2 pakat2 buat buku biodata..
hanashumaira said…
rindu zaman buku autograph tu..bestnyer dulu2
kathy said…
senyumsoya - tau xpe..comel ^^

fatin - tu la pasal, nak x nak kita ni kene ada jugak buku biodata tu..hehe

ciksufi - kalau igt balik mesti gelak sorang kan? haha
zaman kita wajib ada ni.haha.

oh tapi anak buah echa pon still ade jugak buku buku cam ni tapi version lain siket la.buku BFF la ape la.macam macam.hehe
Nieda said…
zmn sekolah dulu buku autograf tu yg popular. dr kwn2 sampai ke cikgu kena isi .
Namee Roslan said…
namee asyik tukar2 so takde yg kekal. jd dah takde dah buku biodata tu. :D tp zaman2 dulu lg best kan! skang ni budak2 sms je. bosan lah.
Indah Mulya said…
haha..ingat!!!memang zaman era 1997-2001 kot..dengan pen kale kale yg bny gile kes nk tulis dlm buku kengkawan lg..tp sy dlu tak ske tulis biodata tu, ingat ade sorang je yg sy wat kt buku die..hahah
Sabihah said…
Buku tu still ada dlm simpanan sy...hahaha...kenangan tu ^^
betoi2.... dulu zaman sekolah asyik nie ja keje nyaaa... duk mai tukaq2 buku biodata....
haha!

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???