Cabut Gigi Sakit Tak?
assalammualaikum & hi~
isnin lepas aku bertekad untuk pegi cabut gigi setelah gigi geraham berlubang hampir 5 bulan. sebenarnya gigi ni tak sakit mana pun, cuma akan sakit bila benda manis masuk dalam lubangnya tu. sakitnya mak aii..rasa nak hantuk - hantuk je kepala kat bantal. tak kan nak hantuk kepala kat dinding lak kan. cukup - cukuplah gigi sakit, tak kan nak tambah sakit kat kepala lagi -.-'
aku pegi klinik kerajaan. bayar rm2 je. walaupun sebelum ni aku penah nak disponsor oleh abang aku rm80 untuk cabut kat private clinic tapi aku tak nak! siap dia orang cakap lagi cabut kat private clinic tak sesakit cabut kat klinik kerajaan tapi aku tetap tak nak! rasa nak terus berkempen je cakap TAK NAK CABUT GIGI KAT KLINIK SWASTA. ada ke patut. huh!
alasan aku tak nak? sebab kat private clinic aku tak dapat nak motivate diri sendiri supaya jangan takut T_T kat private clinic berapa orang je lah yang pegi sana, lain kau pegi kat klinik kerajaan.berderet - deret je. masa tu la aku boleh motivate diri sendiri bila nampak nenek, adik - adik, abang, kakak, mak cik, pak cik kemain cool je cabut gigi. tak kan gadis yang tak seberapa nak manis macam aku ni tak boleh nak cool macam dia orang kan? tapi yang pelik nya kenapa mukadimah aku kemain panjang je ni. cis!
okay, cabut gigi taklah sakit mana pun! mula - mula dia cucuk jarum, pastu duk kejap kat luar dan pastu baru dia cabut. settle! akar gigi geraham aku tu kemain elok lagi. jadi agak sukar doktor tu nak cabut. pas doktor tu cabut, terus aku rasa pasni confirm sure pasti hilang sedikit nikmat makan. dah gigi berkurang :'( tapi tak pe. orang lain hilang mata, tangan tetap cool kan? aku? alhamdulillah. setakat hilang gigi je. sobsob.
p/s - aku tak nangis pun okay! *nape aku beria - ria cakap aku tak nangis ni?* heh heh heh..
Comments
eka ade gigi bongsu ni ha awak..dua batang lagi tapi semua nunnnnnnn jauh hujung betol..
tak tau macam mana doktor nak cabut..mau kena sengkang mulut ngan besi bagi dia terbukak...
takut nak cabut...hehehehehe
p/s: nanti eka bagi resepi kek coklat tau
sy tunggu tau resepi awak tu ^^
namee - scaling lagi lah..adeh!