Buah Cepak | Buah Zaman Kanak - Kanak Ribena.

assalammualaikum & hi~ 

Sape yang masa kecik – kecik dulu suka masuk hutan keluar hutan dan masuk hutan semula, sila ambik perhatian dengan entri ni. Entri yang mungkin akan membawa anda semua menembusi semula zaman dulu kala. Bukan zaman dinosaur atau zaman Hang Tuah. Tapi zaman KITA. Sape yang rasa dia sezaman dengan aku dia tahu lah kut. Ke aku sorang je tau buah ni? erk..


Aku tak taulah korang penah ke tak jumpa dan makan buah ni. Tapi aku MEMANG SUKA GILER MAKAN buah ni. sampai sekarang tau aku suka makan cuma susah nak dapat je. Memandangkan rumah aku kat kampung sejak dulu kala sampai sekarang. Yang dikelilingi hutan nan menghijau dan air sungai yang mengalir macam nak tak nak je jadi aku kiranya dah biasalah masuk hutan kuar hutan. Dan selalunya buah ni tepi semak je tapi kenapa aku ni beria semacam je citer pasal hutan? Cis!




gambar ni aku ambik 2 3 hari lepas. masa tu aku saje jejalan kat belakang rumah dan finally aku jumpe buah ni (^_^)V


Okay, berbalik pada buah ni, kat kampung aku kita orang panggil buah ni BUAH CEPAK. Dan enak dimakan begitu saja. Rasanya sebijik macam ayam bakar. Err..okay, itu tipu! Rasanya manis. Dan kalau ko tak bernasib baik ko akan bersaing dengan dak burung – burung yang kemain rakus nak makan buah ni jugak. Macamlah takde buah lain dia nak makan. Suka jugak nak berebut dengan kita kan?huh!


Nak dijadikan cerita masa aku kecik – kecik dulu buah ni pun leh jadi rebutan dengan adik beradik or kekawan. Yelah, dulu mane mewah dengan buah epal, anggur ke apa. tak macam sekarang. anak buah aku siap main baling lagi buah oren. Kalau dulu, tunggu jela tahun baru cina baru ko dapat merasa buah oren tu. sebab boss bapak aku akan bagi free. Teehee. Yelah, keluarga kita orang susah banyak dulu. Bukan susah sikit, tahu!






Dan kalau nak makan buah yang best – best masa dulu – dulu paling dahsyat pun ko dapat makan buah manggis, rambutan, langsat. Tu pun hasil curi kat dusun orang. Kantoi dah part ni. Kehkehkeh. Tapi tu dulu okay. Zaman kanak – kanak ribena. Dosa dan pahala masih berbalam – balam lagi. Kalau part buah macam buah cepak ni memang senang nak jumpa. Cuma sekarang ni je jarang jumpa. Mungkin  dah pupus kut. 

korang penah tak makan buah ni? atau korang penah jumpa tapi tak pernah makan?? 
                                   

Comments

Salwa said…
hmm..tak penah lak makan buah ni. Mase kecik makan epal je.hihhi. ;b
kurus said…
aduhh dikkk x pernah makan nie
buah ape erkk .. cepakk !! huhuhuh manis ke masam dik ??
Cik tikah said…
x pernh tgok pun hihihi..
Pendamba Mawar said…
pendamba...

tak pernah tengok, tak kenal,xpernah makan lagi..ala kenapa naif no pendamba ni
labulabi said…
nang susah nak carik buah cepak kinek tok.mun ada pun sik kompiden nak makan.wahahaha.yalah nak bukan cam dolok petik jak alu ngap.coba kinek tok, mun nak ngap terbayang risiko bakal mengundang.hehehe.tauk sik kitak bunga cepak ngan daun muda cepak bleh di polah sayo.tapi ya dah pasti cam padah kitak tek zaman kanak-kanak rebina ajak dapat menikmatinya.nice enrti. :)
ejulz said…
penah ngga dlokk2.. tp x penah mkn.. heHe
Namee Roslan said…
ni first time saya tahu buah ni :D hehe. kalau nk get kt semenanjung ni macam x pernah nmpak.
Nieda said…
pernah nampak buah ni. tapi tak berani nak makan .baru tau boleh makan rupanye
anismelon said…
dulu mase kecik pernah makan..tapi tak tau name..men hentam je..weeee

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???