Sebuah Perjalanan.
assalammualaikum & hi~
ehem. rupa - rupanya dah tiga hari aku tak updated blog dengan blogwalking. biasalahkan berada di tempat baru macam ni, banyak benda nak diSETTLEkan dulu. dan alhamdulillah sumenya berjalan seperti yang dirancang. jadi nak dijadikan cerita aku sekarang kat ipoh bukan kat kuching dah ^^
gambar kat atas ni sekumpulan ahli keluarga aku yang hantar kami bertiga kat airport khamis lepas. 3 buah kereta tau tak yang hantar. mengalahkan orang yang nak hantar jemaah haji lah pulak kan? selalunya kalau aku fly sorang, abang aku campak je aku depan airport tu. lepas tu aku sendiri je check in. takde la nak bye-bye segala. tapi bila 2 orang anak buah aku ni ikut, sume nak pi hantar (~_~')
dorang berdua ni 1st time naik 'belon' jadi muka excited tu tetap ada lah kan? hahaha. kita orang sampai lcct dalam pukul 10.30pm macam tu. lepas tu terus pi makan sate kajang haji samuri sebelah stadium kajang tu. pukul 12 macam tu baru gerak ke ipoh dan sampai pukul 4 pagi. pergh~! aku rasa macam apa je dah hari tu. macam nak pengsan!
jadi sepanjang hari jumaat tu kita orang kemas - kemas rumah. beli barang sikit. lepas tu tido je sepanjang hari. hohoho. sabtu lak ada kenduri. 1st time jugak anak buah aku ni pegi kenduri kat sini. lepas tu dorang cakap majlis orang kat sini tak macam kat sana (kuching). biasalah. lain tempat lain cara dia kan? huhu.
lepas kenduri terus pergi taiping tapi sebelum tu singgah makan laksa pulas dulu kat bukit gantang. sedap tau, kuah dia pekat kemain lagi. anak buah aku siap request lagi nak makan kat sana. mak aii..punyalah jauh nak pegi bukit gantang tu dari ipoh -.-'
dah ke taiping kita orang ke kuala kangsar pulak. ke kampung apa tah, lupa lak. nak pegi tengok dusun buah durian. aku tak taulah nak cakap pe lagi sebab boleh dikatakan semua pokok durian kat sini berbuah. aku rasa sepokok tu beratus - ratus buah dia. ingatkan ada yang dah gugur. tapi tak gugur lagi. hampa. maybe dalam dua minggu lagi kut durian ni gugur. eh, lupa nak cakap ni dusun boss aku okay. aku manelah ada dusun kat sini.
nak jugak gambar dia kan? haha. okay, sebenarnya aku keje kat sini. keje kat construction company. tapi company ni baru lagi dan yang paling penting boss dia tu boleh tahan jugaklah dan ada lesung pipit tau. takleh blah punya statement. kehkehkeh.dahlah, aku nak makan jap. kul 12 dah pun. bye!
p/s - kejap lagi nak ziarah korang sume. sediakan makanan ye. aku nak lunch sekali. haha.
Comments
anak buah yg 2org tuh pun duk sini jugak ker?
selamat memulakan kerja di ipoh.. ;)