Kedai Makan Terbaik Di Melaka.


 Assalammualaikum.


Kalau dah ke Melaka, pasti terbayang asam pedasnya.
Antara yang femes asam pedas, sudah semestinya Asam Pedas Claypot Kota Laksamana & Asam Pedas Hajah Mona. 
Tapi.. kali ini kita ke kedai lain pulak.
Kalau kedua - dua kedai asam pedas tu femes di waktu malam, tapi kedai makan yang aku 'entrikan' ini hanya beroperasi pada siang hari dan TUTUP HARI AHAD. 





 



 Nampak tak gambar kat atas ni. 
Tu ikan parang dengan telurnya sekali.
Kuahnya pulak aku ambik kuah asam pedas.
Kedai ni memang sentiasa ada asam pedas. Dan yang paling penting kuahnya pekat! 
Sebab apa pekat? Sebab dorang buat dalam kuantiti yang sedikit. 
Jadi kepekatan kuahnya tu...serius takde tandingan!







 See?? Licin dah! Mahu je aku mintak tambah, tapi takut tak larat pulak nak jalan pusing bandar Melaka.
Kedai ni lauk - pauk dia takdelah banyak pilihan sangat, tapi yang nyata dan pasti setiap lauk dia memang sedap! 
Trylah sambal kerangnya. Sambal udangnya.
Masak lemaknya.
Semualah! Memang terbaek! 
 







Dan inilah nama kedainya. 
Restoran Taman Selera.
Area Jalan Hang Tuah Mall (kalau tak silap)
Seberang Kampung Morten dan dekat dengan Kampung Jawa.
Kedai ni dalam deret kedai berdepan dengan Hallmark Hotel.
Dekat dengan Cathy lama.






Dulu masa aku diajak makan dekat sini sekitar tahun 2009, aku mati - mati ingat ini kedai cina!
Kalau korang tengok dari luar korang akan pasti buat derk je dengan kedai makan ni.
Lagipun kawasan ni memang kawasan cina.
Dekat hujung kedai ni ada kedai makan cina. 




 Tapi kedai ni tetap punya pengunjungnya tersendiri.
Dan aku adalah pengunjung wajibnya bila aku datang ke Melaka.
 Kalau di Melaka, aku memang lunch dekat sini.
Takde tempat lain dah.





Mak cik yang tergelak tulah owner dia.
Dan dia sangatlah friendly!.
Harga makanan? Alah, standard lah dengan harga dekat kedai makan yang lain.
Kalau aku, kalau dah sedap makanan dia, bayar mahal sikit pun berbaloi apa?
 Pelanggan kedai ni terdiri daripada berbilang kaum tahu?
Dari Melayu, Cina dan India. Semua ada!
Jadi, kalau dah ke Melaka tu trylah singgah sini.
Insya - Allah tak akan menyesal :')


p/s - eh, lupa nak cakap. aku review ni ikut selera aku tau?
mana tau selera kita tak sama, tak pasal - pasal korang salahkan aku. sobs.
tapi tak salah try kan? hihi~

 



Comments

lama tak g melaka.ishk.lapar la pulak.hehe
Ialah selera masing2kan...
Nnt bila kita kata sedap tak plk pada selera org lain...

Qhaifa Nur said…
ada pergi melaka, makan kat umbai..asam pedasnya tak best..

ikut nasib juga dapat yang sedap, memang menjilat jari dibuatnya...

suka telur ikan...
Mummy MM said…
Mesti nyaman.. Sampe licinnye oleh kitak.. Hihihi..
Unknown said…
kmk lom pnah gi melaka. p, insyaAllah mun pg cya, kmk mok try makan kt kedei ya ;)
ejulz said…
syg x dijilat tapak ya.. hehe
Farra said…
asam pedas melaka mmg terbaikkk...terliurr tgk telur ikan..T.T
nazayiena said…
kmk sik pernah mkn agik kat situk,tp nampak sedap lauk ya sbb licin jak tapak.......

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???