Cerita Di Sebalik Lagu Sayang.. Ungu

Assalammualaikum..


Sapa yang layan radio atau ikut perkembangan lagu - lagu semasa, mesti pernah dengan lagu Sayang... nyanyian Ungu. Aku jugalah antara manusia yang kemain suka lagu tu hingga tercetuslah satu kejadian. Sebelum tu aku letak dulu lirik lagu ni ;



Entah harus dari mana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus


Nak dijadikan cerita, masa tu aku duduk molek - molek di sebelah kerusi penumpang. Encik bf khusyuk memandu sambil pandang ke depan. Tiba - tiba lagu ni berkumandang. Aku pun nyanyilah dengan penuh perasaan. Tapi bila masuk part ni ;


 Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus


Encik bf terus bersuara dengan nada yang cukup serius, " nape lain macam aje lagu ni? siap nak mintak putus segala!" Aku hanya tersengih. Tak sangka pulak lagu tu sensitif kat dia. Alah, lagu je pun. Takde maksud tersiratlah :') 


Tapi bila  petang tadi dia pulak kemain bersemangat nyanyi lagu ni, aku lak rasa lain macam. Hahaha. Sungguh tak leh blah lagu ni tau!



Comments

Naz Al Yahya said…
naz suka lagu ni, dalam maknanya kan? tapi, mmg sensitive kot bila pasangan kita dengar kita nyanyi..seolah2 cam kita minta ptus dgn dia. hee.
nazayiena said…
Lagu tuk sesuai berik ngan gerek mun nak putus tp sik berani nak madah make mulut,hahahaa.....
Unknown said…
kmk sik suka lagu tok. heee.. putus bagai.. x mok putus2. :)

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.