Makan Seafood Di TOP SPOT Kuching.


baru2 ni aku dengan encik suami balik kuching. ya. baru2 ni. maksudnya ini entry yang agak latest lah ;p kisah di sabah kita tinggalkan kejap. sebenarnya balik bertujuan. ada kenduri sikit kat kampung. tiket MAS time tu pun murah. dalam RM400 lebih sikit pegi balik untuk 2 orang. tapi beli awallah. hujung tahun lepas aku dah beli. guna duit royalti novel *motippp nak sebut pasal duit royalti?yelah, kita ni housewife dipandang orangkan? manalah ada duit (baca dengan nada sinis)* 





makanan yang macam mangkuk tu oyster pancake. sedap tau! gambar ketiga tu *ikut putaran arah jam*, gambar puan kakak, puan emak dan encik bapak. encik bapak tak suka guna wheelchair sebenarnya tapi kat sini terpaksalah minta dia guna jugak. sebab nak naik lift kan :')


baiklah. tinggalkan nada2 yang kurang enak itu. berbalik pada topik kat atas, kami sekeluarga sempatlah makan beramai2 kat top spot. kedai no 25, bukit mata. kalau datang kuching silalah makan kat sini. seafood nya murahhhh~ tempat makan ni tengah bandar okey? mana nak cari seafood murah tengah bandar? lokasinya dekat UTC, kuching. 


sebenarnya ni plan last minute. malam tu nak pegi, pagi tu jugak baru nak confirm dengan adik - beradik. yang paling penting, encik bapak setuju nak pegi! yeyyyyy!! encik bapak sejak beliau sakit, beliau tak suka nak keluar mana2. sebab tulah kalau nak ajak beliau keluar makan, kena pandai main tarik tali dengan beliau. 


encik suamilah yang banyak main peranan. gila kau, dia ajak sekali je terus encik bapak say OK! siapa anak siapa menantu sekarang ni? -.-' jadi petang tu, kebetulan aku dengan encik suami keluar, kita orang terus booking table. ambik dua table. dan pilih menu terus. jam dalam pukul 8.30 malam. 



 



kat sini kalau datang ramai2, better kau booking dulu. kalau walk in kadang2 mencabar keimanan jugak nak tunggu makanan sampai. lagi2 hujung minggu ditambah pulak orang dapat gaji. yang atas tu macam biasalah, midin masak belacan. pastu butter prawn. sayur campur dan ikan siakap masak tiga rasa. ada dua lagi menu, ikan siakap masak stim dengan sotong goreng tepung. termasuklah oyster pancake dekat gambar memula tadi. semua sedap2 kecuali sotong goreng tepung tu sebab terlajak garing. jadi dia liat sikit tapi tetap jugak habissss ;D 






alhamdulillah. semua adik - beradik, ipar duai dan anak buah ada. kecuali sorang je anak buah takde. sebab dia dekat asrama. tapi kakak dah belanja dia makan dekat sini jugak malam tadi. ya malam tadi. kita orang pegi dalam 25 orang termasuk budak2lah. masa order tu cakaplah berapa orang kanak2. nanti dorang pandai adjust jumlah portion yang sesuai dengan bilangan kita. macam sayur awal2 cakap jangan letak banyak sangat sebab budak2 mana makan sangat sayur. 







resit atas tu lah total makan dan minum kami untuk 25 orang. air stall lain, jadi resitnya pun lainlah. makan dan minum total semua RM 414.70. tapi nasik tambah macam takde masuk dalam resit je. entahlah~ setiap adik beradik bayar sikit sorang. jadi jumlah yang besar jadi kecik bila bayar sama2. 


sebenarnya kita orang adik beradik bukanlah dibesarkan sebagai anak2 yang makan diluar. kalau nak makan ramai2 selalunya buat dekat rumah mak. buat bakar2 ke. macam tu jelah. bila dah masing2 berkeluarga dan ekonomi pun dah okey sikit, barulah adik beradik bawak keluarga dorang makan kat luar. mak dengan bapak selalulah dapat pelawaan makan kat luar. 


jadi, bila aku dengan encik suami balik, apa salahnya ajak dorang makan luar sama2. bayar pun sama2 kan? lagipun kalau diikutkan aku takde baliknya bulan 4 hari tu. plan balik masa raya ke4 macam tu nanti. tapi tulah, ada perkara kadang2 di luar jangkaan kita. aku pun bukan bodoh sangat nak buang duit beli tiket flight macam tu je. tapi kannn, kalau nak buang duit semata2 untuk keluarga tak salah kut? quality time macam gini bukan selalu dapat. serius. cuba kau ingat balik bila kau adik beradik dengan mak bapak kau berkumpul? hari raya pun belum tentu kumpul semua, okey! *emo pulak* 






okey2. tinggalkan kisah family gathering dan perasaan emo kat atas tu. gambar kat atas ni pulak gambar lama. tahun lepas punya cerita. masa ni aku berdua encik suami je pegi makan. jugak di top spot. masa ni encik suami pilih lobster bakar dengan cheese dan udang galah masak butter kalau tak silap. aku pulak sudah tentu pilih ketam! dan jugak sayur midin. dah macam wajiblah sayur midin kalau makan kat luar. padahal boleh je masak sendiri ;p 


ketam tu kita orang ambik sekor je kalau tak silap. sebab besarrrr~ sepit dia dekat atas tu kalau sukat dengan sudu, sama panjang dengan sudu. lobster dia murah sangat! masa ni kalau tak silap dalam rm70 je sekilo! yang kita orang ambik ni dalam belas2 ringgit je. 


jadi, pada sesiapa nak ke kuching, bolehlah singgah sini. kat sini HALAL. jangan risau kayyyy~ masa dengan family tu alhamdulillah semuanya puas hati. dan akan buat next family gathering. tapi tahun depanlah ye :) 







lasttt, ikan empurau yang ada kat top spot menanti penuh setia pada yang mampu menjamah isinya. gila mahal~ aku tak tahu pun ikan ni femes di sarawak. encik suami yang dari semenanjung lagi tahu dari aku. 



p/s - kau tak perlu kira duit orang, kau kira je duit kau sendiri. lainlah kalau orang tu mintak duit dekat kau.




Comments

Lea Ismail said…
aduh....nelan aek liur nangga. raya kelak baruk balit
YattAkasah said…
wah sedapnyeeee...
Aniz Wonderland said…
Thanks sis..sebab berik info pasal makan kat top spot ya, even orang kuching tp belum penah sampi gik kat sia.kmk memang ingin mbak family pegi sia tapi x tauk menu nak nei ok and kedei nei ok.takut x nyaman jak sis..tapi dah sis berik info tok, ok kelak plg kuching nak pegi sia. and aher nya tauk juak kmk nama kopok besar ya..dari kmk preggy teringin nk makan tp x tauk nama and x sempat..so pastok wajib makan heheh.thanks again sis
tiga lalat said…
baru nk gi topspot mlm nih ., ;p
dulu penah gi gak
john doe said…
Next month in shaa Allah

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.