Resepi Sambal Ketam Nipah

 Assalammualaikum..


Hari ni cerita pasal ketam nipah pulak ye. Selalu masak sos je macam resepi kat SINI jadi kali ni kita masak sambal pulak. First time ni try buat sambal yang macam sambal udang petai tu. Cuma ni tak letak petai. Nanti boleh try letak petai pulak. Mesti lebih ohsem :)







Tengok isi dia. Banyakkkk kannn? Tapi aku tau masih ramai yang confuse dengan status ketam nipah ni. Ada yang cakap halal dan ada yang cakap haram. Melalui tontonan di tv, carian di internet majority yang cakap ketam nipah HALAL dimakan. Yang HARAM dimakan adalah KETAM BATU. 



Singgahlah ke BLOG INI untuk penjelasan yang lebih lanjut dan ada gambar sekali yang membezakan ketam nipah dan ketam batu.









Bahan - bahan :

4 ekor ketam nipah (boleh guna ketam bunga) dikukus sehingga warna ketam menjadi kemerahan.

Segenggam cili kering (aku buang bijik dulu) direbus dan toskan.
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia.
(kisar keempat - empat bahan ini)

1 keping asam keping
Minyak
Gula
Garam






Cara membuatnya :


Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila minyak sudah panas masukkan bahan - bahan kisar. Biar sehingga bahan - bahan itu masak dan sedikit garing.



Tambah sedikit air jika bahan - bahan terlalu kering. Masukkan asam keping, gula dan garam. Lepas itu masukkan ketam yang telah dikukus. Gaul rata dan biarkan sekejap. Lepas tu tutup api. Dah, siap! 







Senang je kan? Kalau korang buat sambal versi lain, korang buat jelah. Yang penting guna ketam. Yelah, kata sambal ketam nipah kan?? 


Tips memasak (nak jugak ber'tips segala Kehkehkeh) - memandangkan kulit ketam ni maha keras, maka semasa siang tu ketuklah dulu sepit dia dengan anak lesung batu (aku guna anak lesung batu je. Huhu). Jangan kau ketuk sampai lunyai. Ketuk manja gitu. Asalkan terpecah kulit dia sikit. Time makan nanti takdelah sibuk nak carik benda untuk pecahkan sepit dia tu. Dan dekat sepit itulah isinya banyak dan padat! 



Okeylah, selamat mencuba! 



p/s - cuti sekolah dah habis, entry jalan - jalan pun dah habis. (ada lagi sebenarnya..tuunggu!)






Comments

labulabi said…
perghhhhhh.alu lapar nangga.
Isabel Diaz said…
Pande kitak masak.. Hihi..
adda syuhada said…
meleleh air liur tengok ketam ni..
Masni Syafie said…
terliur nye tgk udang...yum..yum..yummmy...
singgah n follow =)
Ann Ishak said…
sedapnya babe tapi susah nak dapat ketam nipah ni kan
Yumida Huda said…
nyaman eh
telio mek nangga
lamak x mkn ketam
Nieda ramly said…
wow ...best dpt mkn ketam yg isinya padat mcm tu..
akak mmg suka seafood. tak tolak punya kalau dpt sotong dan udang besar.
Sedapnya tgk isi ketam tue.. ;p
ainnoraini said…
minggu lepas beli ketam...buat sup jer...
lepas ni harus buat sambal ketam plk...
ejulz said…
ng nyaman laa..
ieda immi said…
wahhhhhhhhhh yumx3 ..
akak jarang masak ketam .. sini mahal .. tapi suke masak ketam lemak berlada ! ;)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.